Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 26, 2012

2 comments

Sekarang tengah panas kisah yang melanda Zahida Rafik, 37, pelakon yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Kes bermula dari dakwaan Zahida, bekas pemandu peribadinya melarikan wangnya sebanyak RM200,000 sehinggalah bekas pemandu itu tampil membuat laporan polis yang menyata dan mendedahkan skandel di antara Zahida dan Datuk Seri Mohd Shafie.


Laporan polis itu telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang (Ketua Wanita Keadilan), Zuraida Kamaruddin kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa seorang pemandu pelakon tersebut iaitu Noor Azman Azemi membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 yang mengatakan Zahida Rafik telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Mohd Shafie.yang mendesak menteri itu menjelaskan dari mana sumber wang yang diberikan kepada Zahida.
Zahida Rafik, pada mulanya memang agak panas dengan cerita itu dan mengamuk di Twitter. Akan tetapi kali ini Zahida sudah tidak melatah lagi dan melawan untuk membuktikan semua itu adalah tuduhan tidak berasas itu. Zahida  telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Surat yang dihantar melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April 2012 itu antara lain menuntut Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu serta memohon maaf dalam masa tujuh hari.
Zuraida juga telah mengesahkan penerimaan surat saman tersebut tetapi tidak gentar dengan saman berkenaan kerana pihaknya mempunyai bukti bagi setiap tuduhan yang dibangkitkan.
“Kita tak sebodoh untuk keluarkan kenyataan tanpa bukti dan biar orang saman kita. Kita tunggu dalam masa terdekat. Kita akan bawa hal ini ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar.”
Komen Zahida Rafik
Zahida telah menidakkan telah berkahwin dengan Mohd Shafie dan menganggap tuduhan itu adalah fitnah semata-mata. Dia juga menegaskan bahawa sehingga kini dirinya masih solo dan tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki termasuklah dengan menteri berkenaan.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri. Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis.”
Zahida telah mengambil nasihat peguam sebelum dia tampil menjelaskan isu kontroversi tersebut kepada pihak media. Semuga tindakan ini membuahkan hasil dan kepada Zahida teruskan kesabaran anda dan bertindak terus dengan bijak.

2 comments: