Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 13, 2012

No Comment


KUALA LUMPUR – Dalam keghairahan orang ramai terutama kaum wanita membeli-belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India di sini, mereka diingatkan supaya tidak leka dengan perbuatan jenayah seperti menyeluk saku dan ragut.
Anggota Jawatankuasa Biro Keselamatan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Abdul Rahman Sulaiman menasihati kaum wanita agar tidak memakai barang kemas dan berharga serta membawa beg tangan yang terlalu besar kerana ia boleh mengundang bahaya.
“Kita tangkap beberapa warga asing yang menoreh beg tangan pengunjung dengan menggunakan pisau kecil dan mencuri barangan berharga seperti telefon bimbit dan beg duit.
“Saya anggarkan antara 30,000 hingga 40,000 pengunjung datang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India bagi membuat persiapan Hari Raya dan mereka datang seawal jam 8 pagi,” katanya kepada Bernama.
Abdul Rahman berkata, anggota persatuannya bergilir-gilir bertugas di kedua-dua kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan pengunjung.
“Kami bertugas 24 jam sehari dengan 10 orang bersiap sedia di tempat khas kami bagi menjaga keselamatan pengunjung serta kira-kira 400 penjaja,” katanya.
Persatuan itu yang ditubuhkan sejak 2007 sentiasa berkerjasama dengan Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Polis Diraja Malaysia bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit.
Seorang pengunjung Nur Baiti Bukhari, 29, dari Damansara Damai berkata, beliau mengambil kesempatan untuk mengunjungi bazar itu sempena cuti hujung minggu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment