Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 27, 2012

No Comment
Idea gila tetapi menarik

Åndalsnes ialah kawasan pelancongan di Norway yang terkenal dengan pemandangan yang cantik. Masalah yang ada sekarang ialah jika kawasan ini dimajukan pemandangan yang cantik yang sedia ada mungkin akan dicemari. Penyelesaian diperlukan bagi mengimbangi keperluan industri pelancongan dan mengekalkan keindahan alam sekitar. Firma senibina Jägnefält Milton menghasilkan konsep pusat peranginan bergerak yang mereka rasakan dapat memenuhi keperluan di atas.

Mereka mendapati kawasan sekitar Åndalsnes sudahpun mempunyai rangkaian trek keretapi. Dengan membina bangunan diatas trek keretapi, bangunan ini dapat digerakkan ke kawasan yang menjadi tarikan pelancong. Apabila tiba musim puncak, unit-unit bangunan boleh disabungkan menjadi hotel atau kabin yang disewa pelancong. Apabila tiba musim sejuk di mana jumlah pelancong berkurangan binaan sementara ini dapat dipindahkan dan kawasan ini dapat dikembalikan kepada keadaan asal. Masalah resort bankrap dan kemudian terbuar tudak akan menjadi masalah.

Idea ini amat gila tetapi ianya menarik. Di Malaysia banyak kawasan pelancongan yang indah tercemar kerana pembinaan resort yang tidak mengendahkan kesan terhadap alam sekitar.





Sumber - BlogSerius

0 comments:

Post a Comment