Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 30, 2012

No Comment
Apa Cerita Hubungan Antara Apex Dan Leuniey Sekarang?


Kalau di awal terkeluarnya cerita mengenai kononnnya pemain bola sepak kebangsaan negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex bercinta dengan seorang gadis, Leuniey Natasha, mereka berdua menafikan dakwaan tersebut.
Semuanya bermula apabila secara tiba-tiba kisah Leuniey memutuskan tali pertunangannya dikatakan berpunca kerana hadirnya Apex dalam hidup Leuniey.
Namun, ahli keluarga Leuniey menafikan dakwaan tersebut dan disokong oleh Leuniey sendiri dengan mengatakan dia tidak pernah berjumpa dengan Apex.
Bagaimanapun, penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza telah mempertemukan mereka berdua dalam satu iklan komersial produk Siti sendiri iaitu rangkaian minyak wangi SimplySiti.
Sejak dari itu, mereka dilihat rapat dan sering mengambil gambar bersama.
Tidak lama selepas itu, Leuniey tampil sekali lagi dalam satu sidang media menerangkan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apex selepas kecOh sekali lagi tentang hubungan cinta mereka yang diperkatakan umum.
Namun, baru-baru ini, Apex telah memuat naik gambar mereka berdua di laman Instagram miliknya dengan ‘caption’ ‘US.
Tindakan yang sama juga dilakukan oleh Leuniey.
Jadi, benarkah mereka berdua sudah bercinta? Adakah mereka masih lagi mahu menafikan selepas peminat sendiri melihat kemesraan mereka?
Apa-apa pun, hanya Apex dan Leuniey sahaja yang tahu apa yang berlaku antara mereka berdua.
Doakan sahajalah agar mereka bahagia…

Oleh: SORAYA IMAN
Foto: Media Malaya

0 comments:

Post a Comment