Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 28, 2012

No Comment
  Sebagai umat Islam, kite percaya yang akan berlakunye satu hari yang dikenali sebagai hari kiamat. Banyak tanda-tanda kecil dan besar dah berlaku. Cuma mungkin masanye belum tiba.. Kat sini Mr R nak share dengan korang gambaran hari kiamat yang dirujuk dari kitab Aqidun Najin, hasil tulisan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Kitab nie dikeluarkan oleh Pustaka Nasional Singapura pada tahun 2004. Semoga dapat memberi sedikit gambaran dan keinsafan kepada kita.. Jom baca artikel kat bawah....


  • Lepas Malaikat Israfil meniup sangkakala ( bentuknye seperti tanduk rusa ) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk Allah akan mati kecuali Malaikat Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Lepas tu Malaikat Iizrail akan mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnye nyawanye sendiri

  • Lepas semua makhluk mati, Allah akan berfirman, mafhumnye, “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini ?”.. Tak ade siapa pun jawab. Lalu Allah berfirman, “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup.

  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil dihidupkan dan meniup sangkakala untuk kali kedua. Lepas tu semua makhluk hidup semula di atas bumi yang putih yang digelar Padang Mahsyar yang rata, tidak berbukit dan bulat macam bumi

  • Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut ‘Ajbuz Zanbi’ yang berada di hujung tulang belakang diorang. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih

  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Diorang tak rase malu sebab pada masa tu hati diorang sangat takut dan bimbang dengan nasib dan masa depan yang akan dihadapi

  • Lepas tu datang api yang berterbangan dengan bunyi macam guruh yang akan halau manusia, jin dan haiwan ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklahdiorang menggunakan tunggangan ( bagi yang banyak amal ), berjalan kaki ( bagi yang kurang amalan ) dan berjalan dengan muka ( bagi yang banyak dosa ). Masa tu, ibu kan lupakan anak, suami akan lupakan isteri dan semuanye sibuk  dengan diri sendiri

  • Setelah semua makhluk dihimpunkan, matahari dan bulan kan dihapuskan cahayanye, lalu diorang akan tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah keadaan huru hara yang amat dasyat

  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dasyat. Lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah. Semua makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dengan suaranye yang menakutkan

  • Lepas tu matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan sekan-akan matahri berada sejengkal dari atas kepala. Semua makhluk akan merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh menjadi lautan. Timbul atau tenggelam, bergantung kepada amalan masing-masing. Keadaan nie berlanjutan hingga 1000 tahun

  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya boleh diminum oleh orang mukmin je. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganye. Jika minum air tu, tidak akan haus selama-lamanye. Telaga nie berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air telaga nie lebih harum dari kasturi, warnanye lebih putih dari susu dan rasanye lebih sejuk dari embun

  • Semua makhluk akan berada di bawah cahaya matahari yang terik kecuali tujuh golongan iaitu pemimpin yang adil, orang muda yang taat kepada perintah Allah, orang yang hatinye terikat dengan masjid, dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah, lelaki yang diajak oleh wanita untuk berzina tapi menolaknye dengan berkata ‘aku takut pada Allah’, orang yang bersedekah secara sembunyi dan orang yang bersendirian mengingati Allah lalu mengalirkan air mata kerana takutkan Allah

  • Disebabkan tunggu terlalu lama kat Padang Mahsyar, semua makhluk tak tau nak buat ape selain mereka yang beriman. Lepas tu terdengar suara, “pergilah berjumpa dengan para nabi”. Diorang pun pergi mencari nabi. Pertama sekali kumpulan manusia akan mencari nabi Adam tetapi usaha diorang gagl sebab Nabi Adam menyatakan beliau juga melakukan kesalahan kepada Allah. Lepas tu kumpulan besar tu akan berjumpa Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Tapi semuanye bagi jawapan sama sepetin Nabi Adam. Akhirnye diorang berjumpa dengan Rasulallah SAW. Jarak perjalanan antara satu nabi ke nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan

  • Lalu berdoalah Nabi Muhammad SAW kehadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda
  • Lepas tu terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan semua makhluk. Bunyi tu terhasil akibat langit terbelah yang membawa turun arasy Allah yang dipikul oleh lapan orang malaikat yang sangat besar sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy tiba di bumi

  • Arasy adalah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah yang mempunyai empat batang tiang yang sentiasa dipikul oleh empat malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah, Arasy nie macam istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat kat dalamnye.

  • Seluruh makhluk tunduk kerana ketakutan. Lalu dimulakan timbangan amal. Masa tu berterbanglah kotab masing-masing turun dari bawah arasy Allah menuju ke leher pemiliknye dan tergantunglah kat situ hingga die dipanggil untuk dihisab

  • Manusia beratur dalam saf mengikut nabi dan pemimpin masing-masing. Setiap pengikut ade tanda sendiri untuk dibezakan

  • Umat yang pertama dihisab ialah umat Muhammad SAW dan amalan pertama yang dihisab ialah solat

  • Bila tiba giliran seseorang untuk dihisab, malaikat kan mencabut kitab diorang dan diserahkan kepada pemiliknye. Pemiliknye akan ambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri bagi orang bukan mukmin

  • Semua makhluk akan dihisab menggunakan neraca timbangan. Saiznye amat besar dan mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan dua daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala manakala daun yang gelap untuk timbang dosa

  • Acara nie akan disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam empat mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab

  • Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika bukan Islam, maka seluruh amalan baiknye tak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang

  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri. Hanya tangan dan kaki menjadi saksi. Tiada dolak dalih dan penipuan. Semua akan diadili oleh Allah dengan Maha Bijaksana

  • Setelah malan ditimbang, Mahkamah Masyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang dibicarakan sehingga semuanye berpuas hati dan dibenarkan menyeberangi titian sirat
  • Setelah dihisab, manusia akan berjalan menuju syurga melintasi Siratul Mustaqim. Siratul Mustaqim ialah jambatan yang terbentang dibawahnye neraka. Lebar jambatan nie adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin, ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginye

  • Fudhail bi Iyadh berkata, perjalanan di titian sirat memakan masa 15 000 tahun. 5000 tahun naik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ade yang melintasnye seperti kilat, sperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ade yang tak melepasinye sebab api neraka sentiasa menarik kaki diorang, lalu diorang jatuh kedalamnye

  • Para malaikat berdiri di kanan dan kiri titian sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti, hanya seorang yang berjaya melepasinye. Selebihnye akan jatuh ke neraka

0 comments:

Post a Comment