Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 27, 2012

No Comment

RM2 Untuk Seekor Tikus Hidup Atau Mati
RM2 Untuk Seekor Tikus Hidup Atau Mati - KUALA TERENGGANU : Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan saguhati sebanyak RM2 bagi setiap tikus hidup atau mati yang dapat ditangkap penduduk tidak lama lagi.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu.
Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini.
“Kita buat kempen ini berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus.
“Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Ahmad berkata kempen itu akan diperluas ke seluruh negeri sekiranya mendapat hasil yang positif daripada kempen tersebut.
“Kita buat percubaan dulu dan bila hasilnya baik, kita lanjutkan tempoh kempen. Selain memastikan bandar raya ini bebas daripada tikus, ini dapat juga beri pendapatan sampingan kepada penduduk di sini.
“Tak eloklah kalau tikus berkeliaran di dalam restoran dan tempat-tempat awam kerana ia akan membawa penyakit. Ia juga memberi imej buruk kepada bandar raya kita,” katanya.
Bagaimanapun Ahmad mengigatkan penduduk supaya berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang perlu semasa menangkap haiwan tersebut. – Bernama

0 comments:

Post a Comment