Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 28, 2012

No Comment
Jagung Keluaran Amerika


Russia – Rusia menggantung import jagung American GM selepas kajian yang dijalankan mendapati ia mempunyai kaitan dengan kanser payudara dan kerosakan organ.
Ia berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas beberapa ekor tikus selama dua tahun oleh Universiti Caen.
Kajian juga mengesan kaitan yang sama dengan racun serangga Roundup.
Kedua-dua produk jagung dan Roundup berkenaan dihasilkan oleh syarikat biotech dari Amerika Syarikat, Monsanto.
Penemuan universiti berkenaan telah diserahkan kepada pakar-pakar bebas terlebih dahulu sebelum ia didedahkan dalam jurnal saintifik.
Dalam perkembangan lain, Pihak berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) turut menjalankan kajian sendiri mengenai produk berkenaan yang dijalankan oleh sebuah universiti Perancis.
Keputusan yang dibuat oleh Rusia itu dijangkakan akan diikuti oleh beberapa negara lain, sekali gus memberikan tamparan hebat kepada syarikat GM tersebut.
Dalam pada itu, badan pemerhati Russia, Rospotrebnadzor berkata pihaknya telah mengarahkan Institute of Nutrition mengkaji kesahihan ujian yang dijalankan itu.
Rospotrebnadzor  turut menghubungi Kesatuan Eropah yang bertanggungjawab dalam Pengguna dan Kesihatan (EFSA) bagi menyatakan pendirian mengenai keselamatan keluaran jagung berkenaan.
Sementara itu, Monsanto memaklumkan, kajian yang dijalankan itu tidak akan menjejaskan lesen eksport jagung terbabit yang dikenali sebagai NK603 ke Eropah.
“Kami percaya kajian itu akan tidak menjejaskan pandangan EFSA mengenai produk terbabit,’’ kata Monsanto dalam satu kenyataan.
Biarpun kajian yang dijalankan oleh universiti terbabit mendapat kritikan daripada saintis yang pro Monsanto, namun terdapat sebilangan ahli akademik yang memuji kajian berkenaan.
Ini kerana ia disifatkan sebagai paling komprehensif setakat ini.

0 comments:

Post a Comment