Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 29, 2012

No Comment

Tihana Nemcic Wanita Pertama Dilantik Sebagai Jurulatih Pasukan Bola Sepak Lelaki
Tihana Nemcic Wanita Pertama Dilantik Sebagai Jurulatih Pasukan Bola Sepak Lelaki -ZAGREB, RIMANEWS : Bekas finalis Miss Sport Croatia Tihana Nemcic menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai jurulatih bagi pasukan bola sepak lelaki. Menurut laporan berita tempatan, Selasa (25/9), Nemcic yang berusia 24 tahun akan melatih pasukan divisyen lima Croatia, NK Viktorija Vojakovac.
“Saya sebagai jurulatih utama dan memiliki kebebasan penuh untuk mencipta serta melaksanakan taktik permainan pasukan,” kata Nemcic, pada rancangan”24 Sata” (24 Jam), seperti dilaporkan AFP.
Menurut Nemcic, yang sudah bermain selama 10 tahun bersama pasukan wanita Dinamo Zagreb serta skuad kebangsaan, para pemain sudah sangat arif tentang bagaimana cara bermain sepak bola. Namun, masih banyak yang perlu mereka pelajari.
Nemcic menjelaskan, jika wanita dan lelaki memiliki kelayakan yang sama secara profesional untuk melatih, maka tiada ada alasan mengapa seorang wanita tidak mampu untuk melatih skuad bola sepak lelaki.
Wanita berambut panjang dan perang ini, mengatakan, para pemain tiada masalah mendengar arahannya. “Kami pasukan yang hebat dan kami semua akan memperbaiki diri dan berusaha untuk mendapat kedudukan teratas liga,” ujar Nemcic.
Tihana Nemcic Wanita Pertama Dilantik Sebagai Jurulatih Pasukan Bola Sepak Lelaki
Tihana Nemcic Wanita Pertama Dilantik Sebagai Jurulatih Pasukan Bola Sepak Lelaki

0 comments:

Post a Comment