Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 29, 2012

No Comment
Aaron Aziz


KUALA LUMPUR – Walaupun badannya tidak kuat dan sedang mengalami penyakit pneumonia, aktor kacak, Aaron Aziz masih lagi enggan berehat sehingga badannya pulih.
Menerusi laman Twitter milik isteri tercintanya, Diyana Halik telah memaklumkan kepada peminat-peminat Aaron mengenai keadaan diri pelakon lelaki bertubuh sasa itu.
Aaron telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam panas yang teruk semalam tetapi meminta untuk keluar hospital kerana ingin memberikan komitmen penuh kepada jadula lakonannya.
Kata Diyana, Aaron sedang berehat di bilik hotel dan masih lagi perlu untuk mengambil ubat seperti antibiotik supaya keadaan sakit dirinya berada dalam keadaan terkawal.
“Salam semua, @Aaron535Aziz dah keluar hospital. He insisted to be discharged and now eatg medicine orally.
“Alhamdulillah demam dah takde tapi Masih Perlukan antibiotic. Now resting at the hotel. Tak sabar nak shoot katanya,” tulis Diyana.
Selain itu, Diyana juga memberitahu Aaron sudah pun mengalami batuk dan sakit tekak sebelum terbang ke negara Cape Town untuk menjalani pengambaran sebuah filem di sana.
Selepas bekerja di sana, keadaan Aaron dilaporkan semakin teruk.
“Sebelum ke CapeTown memang dia dah batuk dan sakit sikit mungkin waktu filmg Promo sebab basah e whole day. Him being him takkan ke Doctor!,”beritahu Diyana.
Penyakit Pneumonia adalah sejenis jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: www.ohbulan.com

0 comments:

Post a Comment