Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 23, 2012

No Comment


Christina Aguilera Selesa Tak Pakai Seluar Dalam
Beberapa hari lalu Mynewshub.my ada mengeluarkan artikel yang mana penyanyi Christina Aguilera bergambar bogel sebagai penghias kulit album terbarunya berjudul Lotus.
Terbaru, menerusi laman web Contactmusic.com, Christina kembali menjadi perhatian apabila membuat pengakuan yang sebenarnya dia tidak suka memakai seluar dalam!
Tidak tahulah sama ada ia hanyalah sekadar gimik Christina untuk melariskan jualan albumnya itu atau sebaliknya.
Tetapi apa yang pasti, juri The Voice itu memberitahu dia lebih selesa apabila tidak memakai seluar dalam.
Dengan penampilakn sedemikian, dia akan berasa lebih yakin. Malah, dia tidak segan untuk mengakuinya.
“Saya memang tidak suka memakai seluar dalam.
“Saya ingin rasa bebas setiap masa. Lagi pun, ia sebenarnya menunjukkan siapa sebenarnya diri saya,” katanya yang dipetik daripada laman web tersebut.
Selain itu, Christina turut berkeyakinan apabila berbicara soal umurnya yang semakin meningkat naik.
“Mungkin sesetengah orang takut untuk menjadi tua tapi bagi saya ia mampu mematangkan saya dan pengalaman mengandung turut sama membuatkan saya kagum dengan kebolehan tubuh badan wanita,” ujarnya.
Tambahnya lagi, semua perkara tersebut mempunyai kaitan dengan album terbarunya, Lotus yang memfokuskan kepada kebahagiaan, kebebasan dan juga kesediaan untuk menjadi lebih matang.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment