Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 31, 2012

No Comment
Dua Samseng Kes Pukul Guru Serah Diri


KUALA TERENGGANU – Dua samseng yang terbabit dalam beberapa kes jenayah kekerasan mendatangkan kecederaan di Besut tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kedua-dua adik-beradik berumur 39 dan 47 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 3.30 petang selepas seorang lagi adik mereka yang berusia 34 tahun ditahan awal pagi Ahad lalu.
Katanya, kesemua suspek yang ditahan ini dikehendaki oleh polis kerana terbabit dalam kes mengugut serta memukul seorang guru sehingga mendatangkan kecederaan pada Ogos lalu.
“Guru lelaki itu diserang selepas mangsa tersebut menegur dan menampar kanak-kanak yang membuat membuat bising dalam masjid kayu di Besut.
“Polis berjaya menahan adiknya kira-kira jam 4.30 pagi di kediaman mertuanya di Kampung Kuala Besut, Besut dan ekoran daripada penahanan itu, dua lagi abangnya tampil menyerah diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 24 Ogos lalu, guru berusia 42 tahun itu dipukul tiga beradik terbabit dikenali sebagai Azizan Awang, 34, Afizol, 39, dan Anuar, 47, selepas berangkan mangsa tersebut kerana menampar kanak-kanak yang dikatakan membuat bising ketika di masjid.
Kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak itu tidak mengendahkan teguran guru terbabit beberapa kali. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment