Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 23, 2012

No Comment
Misai Dan Janggut


“Doktor memaklumkan keadaan Nana ketika itu adalah tenat dan jika tidak dirawat, dia akan meninggal dunia.
“Selepas menjalani rawatan, kesihatannya semakin pulih, namun berlaku perubahan ketara pada fizikalnya,’’ kata Liao Shen.
Muka anaknya itu, ujar Liao Shen, ditumbuhi misai dan janggut manakala tangan serta kakinya dipenuhi dengan bulu roma yang lebat.
Kerana malu, Nana telah berhenti daripada sekolah pada 2010.
“Setiap hari dia menangis dan ingin ke sekolah, namun apa yang boleh dilakukannya,’’ kata ibunya.
Menurut Liao Shen, anaknya itu seorang yang periang namun sejak badannya mengalami perubahan berkenaan, dia mula berubah.
Nana akan memakai topeng muka dan baju berlengan panjang apabila keluar rumah.
“Adakalanya Nana langsung tidak bercakap dan dia kini kerap menghabiskan masa dalam bilik sambil membaca,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment