Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 22, 2012

No Comment



Google 'Dedah' Pusat Datanya...Hebat!
Enjin carian Google merupakan enjin carian yang paling banyak digunakandi seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Salah satu sebab utama adalah dalam mengetahui pelbagai isu semasa dengan mudah melaluinya.
Google bermula pada Januari 1996 sebagai projek penyelidikan oleh Larry Page dan Sergey Brin ketika mereka berdua merupakan pelajar PhD di Universiti Stanford di California.
Kelmarin Google mendedahkan gambar beberapa pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan pengguna internet.
Pusat itu memproses permintaan klip video YouTube dan menghantar e-mel kepada berjuta-juta orang.
Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu diperkenalkan Google iaitu www.google.com/about/ datacenters/gallery/.
Laman tersebut memaparkan lapan buah pusat data utama yang terletak di Amerika Syarikat, Finland dan Belgium.
Google juga akan membina pusat data baharu di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Chile.
Kalau tengok sekali imbas, pusat data Google ni dah macam kilang perusahaan.
Tetapi berdasarkan khidmat yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan warga internet seluruh dunia, tak hairanlah mengapa pusat datanya begitu besar dan canggih seperti ini.
Hebat!

0 comments:

Post a Comment