Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 31, 2012

No Comment
Cooper: Lelaki Ke Perempuan, Perempuan Ke Lelaki


Nasib benar-benar tidak menyebelahi hidup seorang ‘perempuan’ Britain, Rio Cooper, 18.
Semua kerana keinginan nafsunya yang membuak-buak hingga menyebabkan menjelmanya kesedihan dalam hidupnya sendiri.
Sejak dilahirkan, Cooper adalah seorang lelaki yang bernama Bradley.
Dia membesar dengan identiti keperempuanan yang tebal dalam dirinya.
Genap usia 12 tahun, Cooper semakin suka membawa diri sebagai perempuan dengan memakai pakaian perempuan dan bersolek di wajahnya.
Pada umur 15 tahun, Cooper telah medesak seorang doktor untuk melakukan pembedahan menukar jantina ke atas dirinya.
Usaha pujukannya tidak berjaya membuatkan doktor itu menyetujui keputusannya memandakan Cooper masih lagi terlalu muda dan mentah.
Menjangkau usia 17 tahun, Cooper sekali lagi telah memaksa doktor untuk merubah dirinya.
Termasuklah dengan memujuk keluarga agar menyetujui kehendak dan naluri diri Cooper.
Tidak dapat dihalang lagi keinginannya, keputusan nekad Cooper untuk ‘berubah’ dibiarkan. Dari Bradley, dirinya telah berjaya menjalani pembedahan menjadi Rio Cooper.
Namun, kurang dari setahun dia mejadi perempuan, Cooper telah melahirkan hasrat untuk menjadi seorang lelaki semula.
Sebab? Dia sendiri sudah tidak tahan menanggung tekanan yang dasyat sejak dia bergelar seorang perempuan.
Cooper sering merasa sedih dan murung kerana tidak merasa bahagia sejak menjadi perempuan.
Dirinya telah disisihkan oleh keluarga sendiri kerana keinginan tidak terbatas itu.
Malah, emosi dalam diri Cooper juga sering berubah.
Dia juga cuba merawat tekanan itu dengan menjadi seorang pelacur. Tetapi, ternyata andaian Cooper yang dia sebenarnya memerlukan hubungan seks salah sama sekali.
Untuk memperbaiki kehidupannya supaya kembali normal dan dapat mengecapi kebahagian bersama keluarga semula, Cooper kini sedang berusaha untuk menjalani pembedahan menukar jantina sekali lagi.
“Saya bencikan tubuh badan yang sekarang. Saya ingat saya adalah perempuan sebelum ini, pemikiran dan kelakuan seperti perempuan, bukan lelaki.
“Jadi, saya mahu ia dilakukan secepat mungkin kerana saya tidak mahu hidup yang tertekan dan teruk,” kata Cooper.
Kini, kehidupannya hanya merempat di rumah temannya sahaja. Tidak mempunyai pekerjaan menyebabkan dia tidak mampu untuk menyara kehidupan sendiri selain terpaksa tidur di lantai rumah temannya.
Cooper juga telah berhenti dari mendapatkan rawatan hormon perempuan supaya proses penukaran hormon ke jantina perempuan terhenti serta-merta.

0 comments:

Post a Comment