Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 31, 2012

No Comment

Jikalau anda bersiar-siar di Jepun pada musim sejuk, jangan sesekali terpedaya dengan oven kuih pau yang terdapat di kedai-kedai.
Sekali pandang, mungkin terliur juga tengok ‘kuih pau’ berwarna-warni di dalam oven tersebut.
Tetapi bila dihampiri, ia bukan kuih atau makanan, tetapi ia dipenuhi dengan SELUAR DALAM wanita.
Ketika musim sejuk, terdapat peniaga pakaian dalaman wanita di Tokyo yang ‘memanaskan’ seluar-seluar dalam yang hendak dijual – di dalam oven tersebut!
Harganya adalah sekitar RM 30 sehelai, tidak pasti selama mana ‘kepanasan’ seluar dalam itu akan berkekalan tetapi ia ternyata mendapat sambutan hebat pembeli yang merasakan kaedah tersebut ‘unik’.
Oh yea, lupa nak beritahu, seluar dalam ‘kuih pau’ ini hanya dijual pada musim sejuk sahaja, dan ia tidak mempunyai perisa kari, kacang atau kaya…jangan nakal OK! 

0 comments:

Post a Comment