Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 23, 2012

No Comment
Maya Karin Sudah Bercinta Dengan Pemilik Lotus?

KUALA LUMPUR – Selepas tersebarnya gambar aktres, Maya Karin yang berada di garaj pasukan Lotus, Formula Satu di Singapura baru-baru ini, timbul spekulasi mengatakan Maya mempunyai hubungan cinta dengan pemilik Lotus berkenaan.
Spekulasi itu timbul memandangkan setiap pengunjung tidak boleh berada di kawasan tersebut walaupun mempunyai tiket untuk masuk ke acara itu.
Jadi, dengan munculnya gambar Maya di garaj itu, ramai pihak percaya wanita berdarah kacukan ini mempunyai talian kuat dengan orang atasan Lotus.
Namun, Maya menafikan dia bercinta dengan pemilik Lotus tersebut dan hanya mempunyai hubungan sebagai kawan sahaja.
“Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ.
“Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan,” kata Maya yang dipetik melalui laporan Kosmo! hari ini.
Maya yang sebelum ini pernah berkahwin dan bercerai dengan bekas suaminya, Steven David Shorthose pada pada tahun 2010 mengakui masih lagi solo dan tiada teman istimewa dalam hatinya.
Walaupun baru-baru ini digosipkan semakin rapat dengan aktor Remy Ishak, Maya enggan cerita peribadinya yang mesra berkawan dengan orang ramai diperbesarkan.
Kata Maya, dia sekarang ini mahu berkawan dengan semua orang dan mahu mengenali dengan ramai kenalan baru dalam perjalanannya mengembara ke seluruh dunia.
Maya yang ketika ini sedang berada di Nepal selama 10 hari sejak Khamis lalu bersama bapanya untuk mendaki gunung di Katmandu tidak menolak sekiranya bertemu dengan jodoh baru.
“Saya masih lagi solo, tetapi saya ramai kawan, banyak dapat kerja, banyak tempat melancong tetapi masih belum ada teman lelaki. Dalam masa dua tiga tahun ini kalau saya jumpa sesiapa semasa melancong itu mana tahu.
“Saya tidak letak sasaran umur berapa untuk berkahwin lagi biarlah ia berlaku secara semulajadi,” kata Maya.

0 comments:

Post a Comment