Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 27, 2012

One Comment
Siapa yang tidak kenal Neelofa ataupun Anzalna. Masing-masing ada kisah sensasi yang akhirnya akan berakhir dengan kontroversi. Perseteruan yang terjadi diantara mereka pernah menjadi satu kisah hangat buat pengemar industri hiburan tidak lama dahulu.






Itu dahulu tetapi kini, kisah itu seperti mahu dibakul sampahkan buat kedua-duanya. Perseteruan yang tercetus dahulu kini sudah reda dan khabarnya ikatan persahabatan diantara mereka sudah mula terjalin.

Menurut Neelofa yang kami temui di Sidang Media Anugerah Skrin 2012 menjelaskan yang dirinya sudah melupakan apa yang terjadi diantara dirinya dan juga Anzalna

Ujar Neelofa “Bagi Lofa benda ni semuanya dan berlalu dan kami dah lupakan kisah yang terjadi sebelum ini. Bagi Lofa benda ni perkara kecil je. Jadi tak ada sebab kenapa kami tidak boleh berbaik semula. Setiap orang ada pernah buat silap, begitu juga kami. Jadi tak salah kalau Lofa dan Anzalna berbaik semula dan mulakan suatu hubungan sebagai seorang sahabat yang baru. Kalau ada apa-apa program yang melibatkan kami berdua Lofa ok je. kami profesional.”

Bagi Anzalna pula, dia juga seperti Neelofa apabila sudah tidak mahu mengungkit kembali apa yang pernah terjadi diantara mereka berdua.







Jelas Anzalna pula, “Lepas kes kami dulu saya dah buka buku baru dan bila berjumpa Neelofa semula seperti Saya dapat kawan baru dan saya pun sudah tidak mahu ingat lagi apa yang terjadi diantara kami berdua sebelum ini. Lagipun saya mahu menumpukan pada kerjaya sepenuhnya. Apa yang terjadi dulu akan dijadikan sebagai satu pengajaran. Bagi Anzalna cukuplah dengan gosip-gosip ni semua. Lagipun bukan ini yang Anzalna kejar”

Ujar Anzalna lagi “Sebenarnya lepas kes itu ada yang mahu gandingan kami berdua dalam sesi photoshoot. Anzalna tak tolak dan pergi untuk sesi tersebut tapi pada masa itu Neelofa tak dapat datang sebab dia sibuk dengan pengambaranya.

“Bagi Anzalna ok je bila-bila masa je boleh bekerjasama dengan dia. Lagipun Anzalna teringin untuk berkerjasama dengan dia. Anzalna sudah banyak berlakon bersama dengan rakan-rakan artis yang baru cuma belum pernah lagi bersama Neelofa. Jadi jika ada tawaran berlakon bersamanyasaya tak ada masalah.



































1 comments:

  1. neelofa xperasan ke baju yang dia pakai tu menampakkan bra yang di pakai...

    ReplyDelete