Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 25, 2012

No Comment


A.Aida
KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit, A.Aida mengaku oleh kerana kes penceraiannya masih lagi dalam proses mahkamah, ia sedikit sebanyak menganggu emosinya dan menjejaskan prestasi kerjayanya.
Jika sebelum ini penulis skrip itu mampu menyiapkan skrip drama dalam masa dua atau tiga hari, tetapi kini kerja-kerja penulisannya sering tertangguh sehingga ada kalanya terpaksa mangambil masa sampai dua bulan.
Menurut A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, proses penceraiannya itu amat menganggu emosi.
“Kalau sebelum ni saya cepat jer nak siapkan skrip. Sehari dua dah boleh siap. Tapi sejak kebelakangan ini ia mengambil masa sehingga dua bulan.
“Sebolehnya saya tak mahu memikirkan tentang masalah rumah tangga ini.
“Harap kes (penceraian) ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya yang dipetik melalui Malaysiandigest.com, ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaru, Putera Rayyan terbitan produksinya, A.Aida Productions, di sini, semalam.
Mengimbas kembali kes penceraiannya, pada hujung bulan lalu, A.Aida telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, seorang pegawai polis berpangkat DSP, Suffian Sulaiman selepas menyedari mereka tiada lagi persefahaman.
Dia nekad mahu bercerai dengan suaminya kerana tahap kesabaran suaminya sudah melebihi batas.
Jelasnya, selama lima tahun perkahwinan dia dan anak-anak sudah cukup sengsara.
Namun begitu, A.Aida enggan bercerita lanjut mengenai perilaku suaminya kerana dia tidak mahu mengaibkan sesiapa.
“Selama lima tahun kami hidup bersama, kalau ikutkan hati selepas tiga bulan kahwin saya dah rasa nak bercerai. Tak tahan dengan perangai dia.
“Saya nekad nak cerai ni pun sebab saya fikirkan anak-anak. Fikirkan mak saya.
“Selama ni mak saya yang banyak nasihat saya, suruh saya pertahankan rumah tangga saya. Tapi dah memang tak boleh dah,” ujarnya.
Tambahnya, meskipun serik dalam perkahwinan kali ini, dia perlu tabah dan kuat semangat demi anak-anak yang kini sedang membesar.
A. Aida berkahwin dengan pegawai polis yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur pada 20 April 2007.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul yang kini berusia empat tahun.
Sebelum berkahwin dengan Suffian, dia pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment