Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 29, 2012

No Comment
Operasi Bil Tertunggak


KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihatkan pengguna air di Lembah Klang supaya menjelaskan bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera.
Ia berikutan Syabas akan mengadakan operasi bil tertunggak bermula 1 hingga 30 November ini di beberapa kawasan utama di sekitar Lembah Klang.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, antara kawasan terlibat adalah di ibu negara dan di Klang serta Shah Alam di Selangor.
“Operasi bil tertunggak ini akan turut diadakan di Hulu Langat, Gombak, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sepang, Hulu Selangor dan Sabak Bernam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Priscilla berkata, tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil tertunggak berkenaan.
Menurutnya, pengguna akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM25 dan caj penyambungan semula sebanyak RM25 sebelum penyambungan semula dibuat jika pemotong dilakukan.
Kata beliau, caj yang dikenakan itu bukan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air.
Jelas beliau, caj itu seperti yang diwartakan oleh kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih diguna pakai sehingga kini.
Orang ramai yang mahu mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas di talian bebas tol 1-800-88-5252.

0 comments:

Post a Comment