Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 29, 2012

No Comment
TERKINI: Akhirnya...PROTON Lantik Honda Sebagai Rakan Strategik Asingnya


KUALA LUMPUR – PROTON Holdings Bhd akan lantik Honda Motor Co Ltd sebagai rakan strategik asingnya.
Pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat PROTON lewat hari ini.
Pelantikan Honda itu adalah fokus utama pelan pemulihan PROTON yang dirangka DRB-Hicom Bhd sebagai pemilik baru syarikat kereta nasional berkenaan.
Honda akan berperanan menyediakan PROTON dari aspek pemindahan teknologi yang akan membantu mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan kualiti penghasilan model baru serta menjadi rakan strategik dalam mengembangkan jangkauan pasaran eksport kereta nasional tempatan.
Pelantikan Honda itu akan memacu syarikat kereta nasional itu sebagai antara peserta automotif terunggul di persada antarabangsa.
Dengan pengumuman syarikat automotif asing sebagai rakan kongsi strategik, Proton akan boleh mengukuhkan kedudukannya menerusi skala ekonomi lebih besar dengan berkongsi sumber-sumber dan bekerjasama berjimat dalam kos operasi, masa dan perbelanjaan pembangunan.
Sebelum ini, pembuat kereta Jerman, Volkswagen (VW), telah membatalkan rancangan untuk mengadakan perkongsian dengan Proton Holdings Bhd.
VW telah memaklumkan kepada Khazanah bahawa mewujudkan platfrom pengeluaran di rantau Asia Tenggara bukanlah satu keutamaan baginya dan kali ini ia mahu memberikan tumpuan kepada usaha membina perniagaannya di Rusia dan India.
SEMENTARA ITU, DRB-HICOM menerusi kenyataannya di Bursa Malaysia berkata, di bawah perjanjian itu, PROTON Holdings dan Honda Motor akan meneroka peluang kerjasama dalam bidang peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baru, perkongsian platform dan kemudahan.
Perjanjian itu menandakan potensi kerjasama strategik jangka panjang dengan Honda Motor.
Memiliki kerjasama dengan peserta automotif global yang kuat dan terkenal seperti Honda Motor sebagai rakan kongsi strategik asing untuk PROTON Holdings akan memberikan kelebihan kepada syarikat kereta nasional itu serta Kumpulan DRB-HICOM dengan peluang untuk berkembang sebagai Pengeluar Peralatan tulen (OEM).
DRB-Hicom menyifatkan OEM sebagai peluang yang tidak berkesudahan.
Kerjasama ini akan memberikan kesan positif kepada PROTON Holdings dan Kumpulan DRB-HICOM dalam jangka masa panjang.
Apapun kerjasama ini mestilah merupakan kerjasama ‘menang-menang’ dalam usaha untuk menjadikan Proton bergerak maju sebagai syarikat pengeluar dan pembuat kereta disegani di dunia.

0 comments:

Post a Comment