Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 27, 2012

No Comment

Faktor Sibuk Buat Farid & Diana Tak Ke Klinik
Faktor Sibuk Buat Farid & Diana Tak Ke Klinik - KUALA LUMPUR : Faktor yang terlalu sibuk dengan jadual kerja selain mengaturkan persiapan majlis resepsi perkahwinan mereka menyebabkan pasangan pelakon, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle masih lagi tidak melakukan pemeriksaan kehamilan di klinik atau hospital.
Diana telah menghebahkan berita dia sudah hamil selepas 16 hari mereka diijab kabulkan di laman Twitternya.
Berikutan akan mengadakan majlis persandingan pada bulan Disember depan, Farid dan Diana masih lagi tidak melakukan pemeriksaan doktor.
Selain masa yang terlalu suntuk, Farid dan Diana mengambil keputusan untuk menangguhkan pemeriksaan doktor.
“Sekarang kami sedang sibuk dengan persiapan majlis resepsi yang akan diadakan pada 1 Disember 2012 untuk sebelah keluarga Diana dan 12 Disember 2012 untuk sebelah keluarga saya yang akan diadakan di Kedah,” kata Farid yang dipetik dari laporan portal Gua.com.
Bercerita mengenai di awal keputusan Diana sudah hamil, Farid memaklumkan yang dia terkejut tatkala Diana memberikan hasil keputusan ujian kehamilan kepada dirinya.
Tetapi, dia gembira dengan anugerah dan rezeki yang Tuhan berikan walaupun masih lagi baru bergelar sebagai seorang suami.
Namun, Farid ketika ini enggan terlalu teruja mengenai dia bakal bergelar seorang ayah kerana usia kehamilan Diana masih lagi terlalu awal.
Dia juga khuatiri sebarang perkara buruk yang tidak diingini mungkin berlaku sekiranya berita Diana hamil dicanang dengan meluas.
“Bila Diana tunjukkan hasil ujian kehamilan tersebut, saya sedikit keliru. Tapi saya lebih terkesima dengan berita baik ini.
“Ramai yang berpesan agar jangan terlalu teruja dengan berita baik ini kerana bimbang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Maklumlah, kandungan Diana masih baru.
Selepas tiga tahun menyulam cinta, Farid dan Diana telah bernikah pada 3 November lalu dan diijabkabulkan oleh Jajuli Pegawai Tadbir Agama/ Pendaftar Kanan Daerah Gombak, Uztaz Haji Daim Bin dengan mas kahwin berjumlah RM 10,000 tunai.
Majlis itu telah berlangsung di Hotel Flamingo By The Lake Ampang. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment