Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 30, 2012

No Comment


Lindsay Lohan

NEW YORK: Aktres Lindsay Lohan ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah kelab malam dan menumbuk seorang wanita, semalam.
Selebriti bermasalah itu berada di Club Avenue ketika dia dilaporkan berbalah dengan seorang wanita lain. Sumber polis berkata, wanita terbabit sebelum itu bergaduh dengan seorang lagi pengunjung kelab malam berkenaan.

“Hanya selepas itu wanita terbabit bergaduh pula dengan Lindsay,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa tumbukan Lindsay adalah wanita kulit putih berusia 28 tahun.

Katanya, akibat pergaduhan berkenaan, wanita itu mengalami bengkak dan lebam di beberapa bahagian badannya. Lindsay, 26, masih diletakkan di bawah pengawasan selepas mahkamah mendapati dia bersalah mencuri seutas rantai pada Julai 2011

0 comments:

Post a Comment