Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 27, 2012

No Comment

Menyesal Besarkan Payu Dara
Menyesal Besarkan Payu Dara - LOS ANGELES : Bekas pelakon drama bersiri Baywatch, Carmen Electra yang menjalani pembedahan membesarkan payu daranya 10 tahun lalu, mengaku menyesali tindakannya itu.
Pelakon itu yang menjalani pembedahan membesarkan payu dara daripada saiz sederhana 32B kepada DD kini berpendapat beliau sepatutnya membiarkan saja payu dara asalnya.
“Saya menjalani pembedahan lebih 10 tahun lalu dan mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan saiznya yang baru.
“Saya tidak mahu saiz sebesar itu. Memang seronok kerana saya tidak perlu memakai coli khas seperti sebelum ini, tetapi saya sebenarnya tidak perlu menjalani pembedahan,” katanya.
Carmen mengakui pembedahan itu menjadikannya lebih seksi, mudah mendapat perhatian dan tidak lagi perlu memakai coli khas.
Bagaimanapun kesan negatifnya ialah payu dara baru itu kelihatan terlalu besar untuk tubuh Carmen dan menyebabkan beliau tidak selesa.
Carmen juga sukar menyesuaikan diri dengan saiz baru payu dara itu manakala rakan dan peminatnya tahu bahawa payu dara beliau bukan tulen.
Carmen turut mendedahkan cara untuk menjadikan mata kelihatan lebih menawan ialah dengan memakai bulu mata palsu.
“Saya suka memakai bulu mata palsu bila berada di atas pentas kerana ia membuat saya kelihatan lebih hebat. Bagaimanapun pada siang hari, saya hanya memakai maskara,” katanya.
Carmen baru-baru ini mengambil keputusan menipiskan sambungan rambutnya, selepas mendapati ia kelihatan terlalu tebal.
“Sambungan rambut saya dibuat secara profesional, tetapi ketika di Greece baru-baru ini untuk menjalani penggambaran, saya lihat rambut terlalu tebal dan terpaksa dinipiskan. Sekarang ia kelihatan lebih baik,” katanya. – paapaada.blogspot

0 comments:

Post a Comment