Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 28, 2012

No Comment
Gambar lama penyanyi Farah Asyikin
Gambar terkini Farah bersama Diana Amir

Untuk pengetahuan semua, penyanyi Farah Asyikin yang pernah terkenal satu masa dulu dengan lagunya "Kembali Lagi Disisimu" telah berhijrah ke arah islamik dengan menutup aurat dan mendekati agama.

Sebut sahaja nama Farah Asyikin, tentu anda semua terbayang kelantangan vokal penyanyi ini yang cukup dikenali menerusi lagu seperti "Seribu Penipuan". Semua sedia maklum Farah telah pun mengenakan tudung Februari lalu.


KepohGiler perhatikan Farah Asykin bukan saja pakai tudung labuh tetapi memakai sarung tangan, bila ditanyakan,
“Ada sebab mengapa Farah memakai sarung tangan. Sebagai seorang wanita Islam, Farah harus menjaga batas-batas aurat Farah terutamanya bila ingin bersalam-salaman dengan yang bukan muhrim. Jadi, Farah pakai sarung tangan untuk mengelakkan isu-isu sensitif sebegini berlaku."
Ketika ditanyakan perkembangan beliau yang terkini, Farah masih meneruskan kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Seri Cempaka International School. Beliau yang mengajar subjek ‘Speech & Drama’ mengakui gembira dengan kerja beliau kerana dapat berinteraksi bersama kanak-kanak.
“Farah seronok jadi pendidik di sana. Farah memang suka berkomunikasi dengan budak-budak, jadi Farah kira peluang ini datang tepat pada masanya. Farah bersyukur sangat-sangat atas rezeki yang Allah telah berikan pada Farah ini."


Farah juga sempat berkongsi kisah hijrah beliau sewaktu menjayakan program 'Hijrahku'. Menurut Farah, saat beliau diberi bayangan seksaan di neraka serta gambaran dosa-dosa lampau beliau, saat itulah Farah tidak akan lupakan sampai bila-bila.
“Masa itu Farah dapat tengok semua dosa-dosa yang pernah Farah lakukan tapi keadaannya hanya Allah sahaja yang tahu. Farah nekad untuk berubah sebab Farah yakin sudah sampai masanya untuk Farah berbuat demikian. Alhamdulillah, mak dengan ayah serta ahli keluarga lain pun sangat gembira dengan keputusan Farah. Lebih manis lagi esoknya adik perempuan Farah yang bongsu pun turut mula memakai tudung.
Kini Farah lebih selesa dengan tidak memakai mekap. Mari lihat gaya hidup baru Farah Asyikin,
 






Farah juga ada mesej untuk anda semua yang dimaklumkan dalam fb Diana Amir,
 Lika Facebook Farah Asyikin untuk ketahui perkembangannya. Semoga Farah bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman.

0 comments:

Post a Comment