Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 28, 2012

No Comment
Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia 'Gangnam Style'


KUALA LUMPUR – `Gangnam Style’ antara konsep yang akan diselitkan dalam Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia yang bakal diadakan di Dataran Putrajaya pada Ahad ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, kira-kira 16,000 peserta dari seluruh negara bakal menyertai acara tarian berkenaan.
“Program Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia menghimpunkan tarian pelbagai bangsa termasuk tarian Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Orang Asli selain diselitkan tarian moden dan ‘Gangnam Style’.
“Objektif utama acara ini untuk menyediakan platform kepada semua rakyat Malaysia berkumpul dalam perpaduan dan meraikan pelbagai bentuk tarian dan warisan budaya negara,” katanya pada satu sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini hari ini.
Yen Yen berkata, program yang akan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu dijadual bermula 6 pagi.
Tambah beliau, Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia akan dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu Jimmy Pelikat dan One Nation Emcees yang popular dengan lagu Anak Kampung.
JJelas beliau, program itu juga diharap dapat membantu meningkatkan kesedaran peserta untuk memilih destinasi pelancongan dalam negara yang telah menyumbangkan RM20 bilion kepada pendapatan negara pada tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment