Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 25, 2012

No Comment

Zizan Mula Tunjuk Belang
Zizan Mula Tunjuk Belang - ADA-ADA sahaja cerita pasal Zizan Razak. Terbaharu, jejaka dari Terengganu tu bukan main lagi mengasah ayat cinta dengan Nora Danish di laman Twitter. Bagi Diva, setakat main ayat cinta di laman sosial itu perkara biasa. Ada juga yang putus cinta pun di Twitter juga.
Tapi cerita minggu lalu lagi panas. Diva teringat episod fotografi di pagi hari yang diaturkan di sebuah studio untuk promosi satu acara. Fahamlah Zizan sekarang sibuk, sebagai pelawak paling berjaya, waktunya emas. Jadi segala benda kena cepat dan padat.
Bila diminta untuk satu sesi fotografi, Zizan bagi tarikh dan waktu ikut kehendak dia, media kena setuju. Semua pihak yang mahu digandingkan dengannya juga kena patuh.
Jadi, bila Zizan tetapkan waktu fotografi bersamanya pada pukul 9.30 pagi semua pun kena setuju, kalau tak setuju, dia tak ada waktu lain. Kalau dengan Zizan seorang okey, tapi bila melibatkan artis lain, kenalah ada persetujuan bersama.
Tiba waktu yang dijanjikan, artis yang terpaksa ikut jadual Zizan tiba tepat pada masa yang dijanjikan. Tunggu punya tunggu, orang yang berkeras bagai besi sakti mahu buat fotografi awal pagi tak nampak batang hidung.
Artis yang digandingkan dengan Zizan pun, bukan calang-calang orang, tapi sanggup berpinar mata tempuh kesesakan jalan raya dan beralah demi Zizan.
Pelakon ada trofi tadi pun termangu daripada setengah jam jadi sejam, lepas sejam masuk dua jam. Malangnya, Zizan yang beria-ria tetapkan jadual ibarat masuk kerja kena punch card pula yang sampai dua jam kemudian.
Jangan terlalu pentingkan diri. Kalau orang lain boleh tepati masa, jangan mainkan masa orang lain.
Fikir-fikirkan, Diva cuma fikirkan apa perasaan artis yang kena tunggu Zizan selama dua jam itu semata-mata untuk sekeping gambar bersama. Lu pikirlah sendiri! – Kosmo

0 comments:

Post a Comment