Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 28, 2012

No Comment
tan woen tian

KUALA LUMPUR – Tidak lebih dari 60 orang menyertai Perhimpunan Hijau: Kempen Mogok Lapar yang diadakan di Dataran Merdeka malam ini.
Keadaan seperti itu menunjukkan tiadanya minat dari orang ramai terhadap kempen yang mempunyai agenda politik dan bukanya alam sekitar.
Mogok itu dimulakan tepat pukul 8.30 malam dengan beberapa peserta tidak makan tetapi minum air kosong dan ia dijangka dibuat sehingga pukul 12.30 petang, 1 Januari tahun depan.
Ketua Kempen Mogok, Tan Woen Tian (gambar atas), 24, berkata, mereka akan tetap mengadakan perhimpunan itu walaupun tidak ramai yang datang memberikan sokongan.
“Kami akan tetap berada di sini sehingga hari terakhir dan hanya akan minum air kosong sahaja.
“Jadi, kami berharap agar pihak polis sentiasa menjaga keadaan kami di sini,” katanya sewaktu ditemu bual di sini hari ini.
Beliau mahu keselamatan mereka dijamin sepenuhnya dan mereka tidak mahu diganggu oleh sesiapa.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Wong Chin Huat.
Menyokong kata-kata Ketua Perhimpunan Hijau: Kempen Mogok Lapar, Wong turut mengharapkan agar keselamatan mereka dijaga dan dikawal oleh pihak berkuasa.
“Saya harap, sepanjang kami berada di sini, tetap aman. Sekiranya tidak aman, bangunan Bukit Aman itu juga tidak akan aman,” tegas Wong dalam nada berbentuk ugutan.
Selain golongan dewasa yang menyertai perhimpunan itu, kanak-kanak bawah umur juga turut dibawa bersama untuk menyokong perhimpunan mereka.
Tindakan itu dilihat sebagai kaedah terdesak untuk meraih simpati orang ramai.
Mereka dilihat memegang beg tidur dan turut membawa beg pakaian.
Perhimpunan Hijau itu diadakan sebagai tanda protes terhadap operasi loji nadir bumi Lynas di Balok, Pahang.
Kebanyakkan penentang kaum Cina DAP dikatakan tidak mahu kilang yang diwujudkan untuk menamatkan monopoli Tanah Besar China ke atas komoditi strategik nadir bumi peringkat global.
Penentangan ke atas kilang Lynas itu dikatakan membantu syarikat-syarikat nadir bumi China berkembang dan menguasai industri yang sangat penting dalam kemajuan sesuatu negara.

0 comments:

Post a Comment