Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 26, 2012

No Comment
Bukan Tubuhku!


KUALA LUMPUR- Seorang wanita terpaksa berdepan cemuhan rakan dan keluarga apabila mukanya digunakan di sebuah laman sosial yang mempromosikan khidmat seks.
Bukan itu saja, gambar mukanya itu turut diubah suai menggunakan teknik ‘super imposed’ bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 20, mengetahui mengenai laman sosial terbabit sejak Mei tahun lalu, namun tidak menyangka ia berlarutan.
“Saya diberitahu rakan mengenai laman sosial terbabit yang menggunakan gambar muka saya dan melaporkannya kepada pengurusan laman sosial itu.
“Selepas itu, saya tidak lagi dapat melihat profil berkenaan yang menggunakan nama ‘Jessy Srikembangan’ dan menganggap ia sudah dikenakan tindakan oleh pengurusan laman sosial terbabit,” katanya ketika sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam.
Tetapi, dia sekali lagi dihubungi rakannya pada Ogos lalu dan bertanya sama ada dia terdesak memerlukan wang kerana terjumpa laman sosial menawarkan perkhidmatan seks menggunakan gambarnya.
Katanya, dia membuat siasatan sendiri dan menemui profil ‘Jessy Srikembangan’ serta ‘Lisa Carino’ yang menggunakan gambar wajahnya.
“Saya menghubungi nombor telefon yang disertakan di satu daripada profil berkenaan menggunakan SMS dan mereka memberikan nombor akaun bank atas nama ‘Jessy Ling Kok Diong’ sebelum meminta saya memasukkan wang ke akaun itu.
“Kini saudara-mara saya juga mengetahui mengenai profil berkenaan selepas rakan-rakan memasuki profil itu,” katanya.
Wanita berasal dari Shah Alam itu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam sebelum mendapatkan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA bagi membersihkan namanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Seri Michael Chong berkata, ini kes pertama diterima pihaknya menggunakan modus operandi berkenaan.
“Ini cara penipuan baru digunakan sindiket untuk mengaut keuntungan segera dengan menggunakan maklumat peribadi serta gambar individu lain.
“Kami serahkan pada polis menyiasat perkara ini supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya. (Harian Metro)

0 comments:

Post a Comment