Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 28, 2012

No Comment

Kuil Berusia 3 Ribu Tahun Ditemui Di Baitulmuqaddis
Kuil Berusia 3 Ribu Tahun Ditemui Di Baitulmuqaddis - TEL MOTZA, Israel : Beberapa ahli arkeologi Israel mendakwa telah menemui sebuah kuil dan patung-patung kecil keagamaan berusia kira-kira 3,000 tahun dan dipercayai wujud pada zaman empayar Judah, kata pihak berkuasa antikuiti negara itu kelmarin.
Artifak itu ditemui di Tel Motza, di luar Baitulmuqaddis semasa kerja-kerja arkeologi dilakukan di hadapan sebuah kawasan pembinaan lebuh raya baharu di lokasi terbabit.
“Struktur bangunan keagamaan yang ditemui amat luar biasa dan menarik,” kata pengarah penggalian dalam satu kenyataan.
Salah seorang pengarah penggalian, Anna Eirikh memberitahu agensi berita AFP, penemuan tersebut membuktikan terdapat amalan keagamaan ketika zaman empayar Judah.
“Apa yang pasti semua patung kecil yang ditemui digunakan untuk tujuan keagamaan,” katanya.
Penemuan bertarikh 9 hingga 10 sebelum Masihi itu membuktikan terdapat kuil pertama dibina di kawasan Baitulmuqaddis. – AFP

0 comments:

Post a Comment