Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 26, 2012

No Comment

Lawak Kurang Menyengat Hanya Strategi Jozan
Lawak Kurang Menyengat Hanya Strategi Jozan - PETALING JAYA : Persembahan lawak kumpulan Jozan yang kurang menyengat sejak kebelakangan ini dalam pertandingan Maharaja Lawak (MLM) adalah strategi semata-mata agar mereka tidak kering idea pada penghujung program nanti.
Salah seorang ahlinya, Zizan Razak berkata, berdasarkan pengalaman yang dilalui, idea membuat lawak semakin kurang memberi impak apabila mereka berada di peringkat akhir dalam sesebuah pertandingan dan ia sekaligus membuatkan penonton tidak berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan.
“Diakui, persembahan lawak kami agak kurang menyengat dalam MLM sejak kebelakangan ini, namun semua itu adalah strategi.
“Berdasarkan kajian yang kami buat, apabila terlalu banyak idea yang dikeluarkan pada awal pertandingan, kami terus kering idea untuk membuat lawak pada penghujung pertandingan.
“Jadi, kami belajar daripada kesilapan dengan mencuba strategi baru pula,” katanya.
Tambah Zizan, walaupun tidak memberikan persembahan 100 peratus, dia bersama seorang lagi ahlinya iaitu Johan tetap akan memastikan agar penonton terutama peminat-peminat mereka tidak bosan dengan persembahan yang diberikan.
Sementara itu, Zizan kini mempunyai minat baru iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak dia berlakon dalam filem Bikers Kental, terbitan Tayangan Unggul.
Katanya, sejak penggambaran filem itu, dia mula jatuh hati dengan motosikal tersebut dan berhasrat untuk membeli jenis Aprilia RSV4 tidak lama lagi.
“Sebenarnya saya agak takut untuk menunggang motosikal gara-gara pernah kemalangan dahulu.
“Bagaimanapun, selepas diberi peluang mencuba untuk hilangkan rasa takut, ia bertukar menjadi seronok.
“Tambah pula dalam filem tersebut, kebanyakan babak melibatkan saya menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan perasaan takut dah tidak ada langsung. Rasa macam nak beli adalah,” selorohnya.
Bikers Kental melibatkan sebanyak sembilan pelakon utama iaitu Zizan razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amerul Affandi, Sufian Mohamed serta dua pelakon wanita Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem.
Filem berkonsepkan pengembaraan konvoi ke Thailand itu diarahkan oleh Helmi Yusof itu mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa (Zizan), mempunyai minat yang mendalam dengan motor berkuasa tinggi.
Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar itu dari Kuala Lumpur sehingga ke Thailand.
Walaupun merupakan seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi ramai, dan telah ditawarkan untuk berkonvoi bersama–sama dengan kumpulan motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. – Informasi Dot My

0 comments:

Post a Comment