Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 30, 2012

No Comment
Little Hercules. Budak Terkuat Di Dunia!y - Giuliano Stroe


Pada satu ketika dulu nama Romania Giuliano Stroe sering menjadi sebutan kerana dia adalah satu-satunya budak terkuat didunia sehingga diiktiraf Guinnerss World Records.
Ceritanya bermula apabila sebuah video di Youtube telah memaparkan tentang seorang kanak-kanak melakukan tekan tubi di atas botol kaca.
Ia telah menarik perhatian ramai orang.
Apa yang menakjubkan, Giuliano dapat mengimbangi badan dengan menggunkan empat botol kaca yang menyerupai botol arak tanpa mengalami sebarang kecederaan mahu pun terjatuh.
Memang menakjubkan!
Difahamkan, ini bukan kali pertama Giuliano Stroe melakukan sesuatu yang luar biasa.
Tahun 2009, budak terkuat di dunia itu pernah mencatat satu rekod ‘Guinness Book of World Records’ kerana berjalan sejauh 10 meter menggunakan tangan dengan kakinya.
Manakala pada umur 5 tahun (2010), dia dengan melakukan aksi ‘Human Flag’ dengan kedua tangan memegang satu besi sambil badan ditegakkan seakan bendera!
Bapanya Iulian Stroe, 36, sebelum ini berkata: “Dia telah pergi untuk gimnasium dengan saya sejak dia dilahirkan. Saya selalu membawanya dengan saya apabila saya pergi latihan”.
Kini, Stroe adik Giuliano iaitu Claudiu di rumah mereka yang terletak di Romania.
Lihat video di bawah ini..
Sementara itu, lagi satu video ini memaparkan bagaimana Giuliano melakukan latihan di rumah.
Nampak sangat bahaya! Diharapkan ada tempat yang lebih elok disediakan buatnya.
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment