Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 28, 2012

No Comment

Pelajar 14 Tahun Ditahan Rogol Remaja 17 Tahun
Pelajar 14 Tahun Ditahan Rogol Remaja 17 Tahun - KANGAR : Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun, berkata pelajar itu ditahan Selasa lalu dan kini direman sehingga esok untuk membantu siasatan kes itu.
Rakan pelajar itu yang berumur 18 tahun yang juga pekerja sebuah syarikat turut ditahan kerana disyaki mencabul adik perempuan remaja perempuan itu yang berumur 13 tahun juga di lokasi dan pada tarikh yang sama, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya siasatan awal polis mendapati adik mangsa telah menemani mangsa bertemu dengan pelajar itu yang juga teman lelakinya dan rakan pelajar itu yang kemudian membawa mereka dengan motosikal masing-masing ke sebuah rumah di Chuping.
Di rumah itu, katanya mangsa mendakwa telah dirogol teman lelakinya itu manakala adiknya dicabul rakan pelajar itu dan mereka kemudian telah dibawa ke sebuah rumah di Bukit Jernih dan diperlakukan perkara yang sama.
Zull Aznam berkata kes rogol itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan manakala kes cabul mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, katanya polis menahan seorang lelaki warga negara Thailand berumur 20-an pada Isnin lalu kerana disyaki mendera anaknya yang berusia 37 hari dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah(HTF) di sini.
Lelaki yang disyaki penagih dadah itu dikatakan melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Tersusun, Padang Besar kira-kira 5.30 pagi pada 24 Disember lalu dengan menggoncang dan melambung mangsa yang sedang menangis berkali-kali.
Peniaga di bazar Wang Kelian itu ditahan 4.50 petang hari yang sama selepas polis menerima aduan daripada ibu mangsa yang berusia awal 20-an pada 1.56 tengah hari, katanya.
Lelaki itu yang direman sehingga esok disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment