Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 27, 2012

No Comment

Pelakon ‘Twilight Saga’ Ditahan,Tidak Senonoh
Pelakon ‘Twilight Saga’ Ditahan,Tidak Senonoh - Selepas seminggu ditangkap atas dakwaan memiliki dadah jenis kokain dan methamphetamine, aktor Twilight Saga, Bronson Pelletier, sekali lagi ditahan.
Kali ini kerana perilakunya tidak senonoh dan menjijikkan.
Penangkapan terbaru dilaporkan berlaku pada Isnin lalu pada kira-kira jam 2 petang di lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX).
Dia ditangkap dua jam selepas polis terpaksa mengeluarkan pelakon Kanada itu dari pesawat kerana membuat kacau di atas kapal kerana dipercayai mabuk.
Sumber penguatkuasaan undang-undang memberitahu TMZ.com selepas membawa Bronson keluar daripada pesawat, pelakon itu diarahkan untuk menunggu di terminal.
Tetapi tidak lama selepas pegawai polis beredar meninggalkannya, mereka menerima satu lagi laporan daripada pengawal yang sedang bertugas di pintu terminal tersebut.
Mereka mendakwa Bronson telah membuang air kecil di tengah-tengah terminal itu!
Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun itu tidak mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
Malah dia asyik mengomel dan berpura-pura seperti tidak bersalah sewaktu diheret pengawai polis.
Bronson dikenali selepas muncul dalam filem debutnya, ‘Twilight Saga’, memengang watak sebagai Jared (kumpulan Wolf Pack).
Dalam perkembangan lain, mengenai dakwaan memiliki jenis kokain dan methamphetamine secara haram, Bronson juga tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan dia telah diperintahkan untuk muncul kembali di mahkamah pada 17 Januari depan. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment