Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 30, 2012

No Comment
photo 1 (3)


KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada kumpulan 18 ‘pejuang alam sekitar sejati’ yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.
Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.
Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.
Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.
Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai ‘aktiviti makan diam-diam’ seperti yang ditemui pihak kami hari ini.
Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen ‘sepatutnya lapar’ tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.
Mogok ‘sepatutnya lapar’ berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).
Berikut kronologi penemuan kami;
Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.
Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.
Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.
Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.
Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.
3
4
6

dan satu lagi yang bawah ni…
.
.
YUM_9424
eh silap, tu masa pelancaran mogok lapar hari tu, bawah ni gambar terbaru hehehehe
.
.
5
 BAEKKKK PUNYA ‘BALUN!’
P/s: Tidak berkaitan tapi perlu diketengahkan….**Bangsat punya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), ada kawasan sudah dua hari takda air…tahu hantar bil mintak duit aje ke! Kerajaan Negeri Selangor pun sama duk politikan isu air bagi rakyat susah!

0 comments:

Post a Comment