Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 29, 2012

No Comment

[Video] Susulan Insiden Akuarium Pecah Di China
[Video] Susulan Insiden Akuarium Pecah Di China - Pada minggu lalu, Mynewshub ada melaporkan mengenai sebuah insiden yang berlaku di China yang mengakibatkan berpuluh ikan mati dan ada di antaranya ikan jenis spesis jerung.
Malah, kejadian itu juga mengakibatkan 15 orang pengunjung dan pekerja di sebuah pusat beli-belah berkenaan cedera.
Ceritanya adalah, apabila sebuah akuarium gergasi yang dimuatkan di dalam Shanghai Orient telah pecah dengan tidak semena-mena.
Terbaru, sebuah video yang memaparkan kejadian tersebut telah dipertontonkan kepada orang ramai melalui laman Youtube.
Melihat daripada kejadian berkenaan, ketika itu terdapat beberapa pengunjung sedang asyik melihat akuarium berkenaan sebelum dinding kaca pecah dan terus melimpahkan air beserta hidupan laut di dalamnya.
Menurut agensi berita online, Daily Mail, melaporkan akuarium yang pecah itu mengakibatkan ikan jerung dan serpihan gelas melayang ke arah orang ramai.
Walaupun belum ada laporan rasmi dari pihak berkuasa, namun akuarium itu dipercayai pecah akibat penurunan suhu yang mendadak di Shanghai.
Jika benar, ini bermakna mereka tidak membuat ujikaji dengan sempurna sebelum membina akuarium tersebut.
Sementara itu, sebelum ini, akuarium itu turut pernah mempunyai masalah dengan tangki paip air sehingga membawa kematian kepada dua ekor jerung dan beberapa ekor penyu.
Akuarium itu dilaporkan sangat popular apabila ia mula dibuka sebelum cuti Hari Kebangsaan dua tahun lalu.
Dan kini, ia tidak dapat lagi dipertontonkan kepada orang ramai.
Lihat saja video di bawah ini..

0 comments:

Post a Comment