Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 26, 2013

One Comment

4 Jam Dalam Neraka 10 Setan
4 Jam Dalam Neraka 10 Setan - Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana.
Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.
Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.
“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.
“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.
Menurutnya, mangsa mendakwa selain dirogol beberapa suspek turut merakamkan perbuatan keji mereka itu selain mengugut untuk membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis.
Sumber itu berkata, mangsa dilepaskan pada jam 7 malam dan dalam keadaan tidak bermaya dia menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Balai Polis Puchong untuk membuat laporan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendant Tan Ah Chua berkata, bertindak berdasarkan laporan mangsa, pihaknya menahan tiga daripada suspek terbabit di Puchong Perdana, kelmarin.
“Suspek yang semuanya warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an kini diremantujuh hari, manakala tujuh lagi rakan mereka masih diburu,” katanya ketika dihubungi, semalam. Tan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol. – paapaada.blogspot

1 comments:

  1. tu yg kerajaan suka,bawa masuk pendatang asing ramai2 ke dalam negara,pastu banyak jenayah dan rakyat tiada peluang pekerjaan

    ReplyDelete