Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 31, 2013

No Comment

Diana Halik Dituduh Tengking Peminat Suami
Diana Halik Dituduh Tengking Peminat Suami - KUALA LUMPUR : Isteri kepada pelakon dan pengacara terkenal Aaron Aziz, Diyana Halik menafikan dirinya sebagai pembantu peribadi (PA) kepada suaminya sendiri yang terlibat dalam kes menengking peminat-peminat Aaron.
Sebaliknya, Diyana mengakui dia adalah pengurus kepada suaminya sendiri yang menguruskan jadual kerjaya Aaron.
Baru-baru ini timbul cerita mengatakan PA kepada jejaka kacak itu telah menengking peminat-peminat Aaron dan PA yang dimaksudkan adalah Diyana sendiri.
Namun, Diyana menafikan cerita itu dan mendakwa telah berlaku salah faham dan penambahan dalam kisah tersebut.
“Terus-terang, saya bukan PA Aaron tapi pengurus dia. Pada kebiasaan, PA akan bertukar-tukar mengikut majlis yang dihadiri Aaron.
“Sejujurnya, pihak Primadona dah banyak kali hubungi kami untuk hadir disebabkan kami sudah terlewat. Oleh kerana itu, sebelum majlis ABP habis, kami terus bergegas ke studio dengan keadaan tergopoh-gopoh.
“Dalam kami bergegas, ada sekumpulan peminat menahan kami untuk mengambil gambar. Waktu itu jugalah PA Aaron berkata sesuatu kepada peminat itu. Setahu saya, PA dia tidak pun menengking peminat itu tetapi hanya berkata dalam nada tegas saja,” kata Diyana yang dipetik dari laporan Murai.com.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pihak memburukkan peribadi Aaron apabila dikatakan hanya berdiam diri ketika melihat peminat-peminatnya ‘ditengking’.
Diana berkata, perkara itu juga tidak benar kerana Aaron tetap melayan peminat-peminatnya walaupun sedang mengejar masa.
“Walaupun kami sudah betul-betul terlambat, Aaron tetap melayan peminat untuk bergambar bersama. Malah, Aaron siap bertanya ada lagi tak peminat yang belum bergambar ketika itu.
“Saya betul-betul tak faham kenapa Aaron pula dituduh hanya berdiam diri saja. Padahal dia dah menurut permintaan untuk gambar. Saya agak kesal orang masih cakap Aaron sebegitu,” katanya.
Walaupun sudah banyak cerita negatif mengaitkan dirinya sepanjang menguruskan kerjaya seni suami sendiri, Diyana tidak mahu ambil pusing tentang cerita yang memburukkan dirinya.
Bagi Diyana, dia lebih mengetahui apa yang dirinya dan Aaron lakukan. – MynewsHub

0 comments:

Post a Comment