Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 29, 2013

One Comment

Kontroversi Buat Orang Nak Tahu – Neelofa
Kontroversi Buat Orang Nak Tahu – Neelofa – KUALA LUMPUR : Dihambat dengan pelbagai kontroversi yang banyak, pelakon dan pengacara wanita, Neelofa melihat kontroversi dari pelbagai sudut.
Mengakui dia juga berasa kecewa apabila namanya sering dikaitkan dengan pelbagai cerita negatif, Neelofa masih lagi tabah mengharungi kehidupannya.
Malah, baru sahaja menjengah ke tahun baru, Neelofa memberitahu dia juga terus terpalit dengan kontroversi.
Pun begitu, Neelofa berharap agar orang ramai khususnya peminat-peminatnya mampu menilai sejauh mana kebenaran kontroversi yang mengheret serta namanya.
“Kalau nak ikutkan memang tidak seronok apabila nama saya terus dikaitkan dengan pelbagai macam kontroversi. Tahun 2013 yang dah masuk sebulan pun dah macam-macam yang saya dengar pasal diri saya. Tetapi kontroversi itu ada baiknya dan buruknya.
“Yang penting umum dan masyarakat harus adil dan menilai kontroversi itu. Kalau ia sekadar mengaitkan nama, ertinya ia bukan datang daripada saya. Lainlah kalau saya ditangkap berbuat perkara yang tidak elok barulah itu berpunca daripada saya,” kata Neelofa yang dipetik dari laporan portal Murai.com.
Bagi Neelofa, kontroversi yang berlaku untuk sesetengah artis itu tidak perlu disalah anggap.
Kontroversi harus dinilai dari segi positif juga.
Kata Neelofa, kontroversi adalah salah satu cara untuk peminat-peminat setia mengetahui perkembangan kehidupan artis tersebut.
“Persepsi ini perlu dilihat bukan daripada satu segi kerana orang hanya ingat artis kontroversi sahaja artis itu tidak bagus atau jahat.
“Sebenarnya artis itu sedang menjadi perhatian umum dan orang sentiasa nak tahu gerak geri mereka,” katanya. – MyNewsHub

1 comments:

  1. sudahlah..tiada maknanya.. satu p.mas tahu perangai nko n family nko cAmna..phuuiiii..so sek2 p.mas tak heran kalu nko jd plachor sekali pun.

    ReplyDelete