Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 8, 2013

No Comment

Nazim Othman Bercinta, Bukan Lelaki Gay!
Nazim Othman Bercinta, Bukan Lelaki Gay! - KUALA LUMPUR : Pelakon lelaki yang semakin dikenali, Nazim Othman mengakui sedang bercinta dengan pelakon wanita, Bella Dally hampir menjangkau usia setahun.
Pendedahan Nazim itu secara tidak langsung telah melenyapkan tanggapan sesetengah pihak mengatakan dia adalah seorang lelaki gay.
Pun begitu, Nazim enggan mengulas lanjut dakwaan tersebut kerana tidak mahu mencemarkan status dan namanya dalam dunia seni tanah air.
“Untuk soalan macam itu saya tak nak jawab sebab ia akan merosakkan label nama saya sendiri dan kalau boleh saya tak nak terus menjawab soalan macam itu,” kata Nazim.
Bercerita mengenai hubungan cintanya dengan Bella, Nazim dilihat muncul di atas karpet merah bersama-sama dengan kekasih hatinya sewaktu berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 2012 (AJL) semalam.
Ramai yang mengagak hubungan mesra antara Nazim dan Bella lebih dari seorang sahabat.
Justeru, Nazim mengambil peluang mengakui dia sedang dilamun cinta dengan Bella.
Ya, memang kami dah janji nak datang bersama sebab masing-masing ‘free’ hari ini. Sebelum ini kami tak dapat hadir bersama di acara-acara mana ini disebabkan oleh jadual yang bercanggah.
“Kami memang dah selalu keluar bersama dan kami bercinta pun sudah setahun lebih. Hubungan ini memang serius,” beritahunya.
Setiap pasangan yang bercinta pastinya mahukan hubungan indah itu berakhir dengan ikatan perkahwinan.
Bagi Nazim pula, dia tidak meletakkan satu tempoh masa tertentu untuk mendirikan rumah tangga dengan Bella.
Apabila sampai masa untuk dia berkahwin, Nazim memberitahu akan mengumumkan kepada umum.
“Insyallah doakanlah yang terbaik. Sasaran bilakah agaknya kami akan berkahwin tu, biarlah kami sahaja yang tahu dan buat masa sekarang kami ingin fokus kepada kerjaya masing-masing,” katanya. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment