Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 31, 2013

No Comment

polytron-transparent-smartphone-iawani-0-1-malaysia-telefon
Polytron Technologies, syarikat dari Taiwan memperkenalkan smartphone lutsinar ciptaan mereka dalam bentuk prototaip fizikal seperti anda lihat dalam gambar di atas – wanita yang memegangnya adalah Serena Chen, Naib Pengerusi Polytron ketika berada dalam sidang media di Taoyuan City, Taiwan. Yang kelihatan cuma kamera digital, kad memori MicroSD, skrin sesentuh, palam USB Mini dan papan elektronik kecil dibahagian bawahnya. Yang tidak kelihatan adalah home screen dan butang-butang ikon kerana apa yang diperlihatkan hanyalahhardware saja tapi bukan software. Smartphone lutsinar ciptaan Polytron ini bukan lutsinar sepenuhnya tapi ia merupakan prototaip yang baik. Entah bagaimana agaknya papan induk, bateri, kad sim, pembesar suara, skin LCD dengan ribuan piksel berwarna dan penggetar (vibrator) dapat dijelmakan ke bentuk lutsinar supaya dapat dimuatkan ke dalam smartphone itu. Mungkin hal ini mustahil pada masa sekarang tapi bakal jadi kenyataan satu hari nanti seiring kemajuan teknologi. Apple, Samsung dan Sony tidak pernah hadir dengan prototaip sebegini maka penciptaan prototaip smartphone lutsinar itu menjadi satu kebanggaan buat Polytron. Untuk info, Polytron merupakan syarikat pengeluar barangan elektronik kreatif dan produk optical vision untuk hiasan dalaman. Barangan popular mereka adalah seperti seperti Privacy Glass, LED Glass, Polytouch Frame, Polyrainbow Glass.

0 comments:

Post a Comment