Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 26, 2013

No Comment

Pada senja itu Zahar baru saja menutup warung kopi milik keluarganya.pada malam itu bapanya,Pak Lah telah mengamanahkan Zahar untuk menutup kedai sebelum dia pulang ke rumah petang tadi kerana berasa tidak sedap badan.

Hujan turun renyai-renyai sejak Maghrib tadi.Kini menginjak jam 12 tengah malam pelanggan akhir beransur pulang termasuklah Mail sahabatnya itu.Sebelum pulang Mail sempat menceritakan satu peristiwa aneh yang berlaku dalam kampung mereka.Cerita tersebut berkenaan tentang mayat Milah yang meninggal 2 minggu lepas,telah bangkit dari kubur.Meremang bulu roma Zahar mendengar cerita itu.

SRRRRRRRRRUUUUUURRRRRR..bunyi deruan angin di tengah malam menyebabkan Zahar berasa seram sejuk.Tanpa membuang masa Zahar mencapai basikal tua kepunyaan bapanya dan mengayuh meninggalkan warung tempat keluarganya mencari rezeki itu.

Malam semakin larut dan suasana semakin sepi.yang kedengaran hanyalah bunyi lolongan anjing sayup-sayup dan bunyi kayuhan pedal basikal tuanya.Daun-daun pokok bergesaran sesama sendiri di tiup angin malam dan Zahar mula teringatkan cerita mail sebentar tadi.Kreok-kreakkk,basikal Zahar meluncur memasuki kawasan kebun getah.

Suasana di kebun getah amat gelap sekali tetapi mujurlah Zahar membawa lampu gasolin yang diambil dari warung tadi,dapatlah menerangi jalan walaupun cahayanya agak malap.Pada waktu sebegini kebanyakkan penduduk kampung telah lena dibuai mimpi namun ada juga segelintir dari mereka yang masih berjaga lewat malam untuk menonoton Wrestling yang disiarkan di TV bermula jam 11.30 tadi.Namun Zahar masih mengayuh basikal di tengah-tengah malam meredah kegelapan,angin malam semakin menusuk ke tulang dan Zahar mengerekot sedikit menahan kesejukan.

Nun di kejauhan lolongan anjing bersahut-sahutan seolah-olah menyambut pesta di malam hari.Cahaya bulan yang tadinya terlindung di balik awan mula menyinari satu kawasan keramat di kampung itu,tak lain dan tak bukan kawasan Perkuburan Kampung Rawa.

Zahar teringatkan cerita arwah atuk,kata atuk jika anjing melolong di tengah malam mungkin dia telah melihat makhluk halus melintas di hadapannya.Ceh,mana ada macam tu,karut jer cerita atuk dulu.Bisik hati Zahar sendirian setelah sedar dari lamunan.

PRAKK..bunyi ranting kayu yang berlanggar setelah ditiup angin bisa men'suspen'kan sesiapa saja yang mendengarnya pada waktu-waktu begini.Zahar kembali mengelamun semula,kali ini dia teringatkan arwah Milah,Milah yang semasa hayatnya seorang perawan yang sempurna dari segi tingkah laku dan susuk tubuh.Tak hairanlah dia menjadi kegilaan ramai teruna di kampung itu.Hingga ada yang sanggup mengintai di balik pokok getah untuk melihat lenggang lenggok Milah semasa melintas denai di kawasan kebun getah itu.

Begitulah yang berlaku semasa hayat Milah sehinggalah dia ditemui mati pada satu Maghrib semasa ingin pulang ke rumah.Punca kematian masih menjadi tanda tanya,ada yang mengatakan Milah mati dibunuh setelah diperkosa dan ada pula yang mengatakan Milah mati terkejut setelah disampuk jin tanah pada waktu Mahgrib dalam kebun getah tersebut.Semuanya menjadi misteri yang sukar disingkap,hanya pokok-pokok getah menjadi saksi.

Zahar kembali sedar dari lamunan setelah angin kuat tadi membuatkan basikal yang ditunggangnya hampir jatuh ke tanah.Angin pada malam itu agak kencang,membuatkan dia merasa pelik..Kebiasaannya angin kuat hanya sekejap-sekejap atau pada waktu hujan lebat dan ribut.Tapi malam ini agak berbeza situasinya.

Dalam leka dia memikirkan angin itu dia terdengar satu suara memanggil-manggil namanya.Bermacam-macam perasaan dirasai,nak menjerit,nak menangis,nak terkencing..hanya tuhan yang tahu perasaanya masa itu."Zahar..Zahar tolongla saya.."bertalu-talu suara itu memangil seolah-olah meminta simpati darinya.

Badan Zahar semakin seram sejuk mendengar suara itu.Dia amat kenal akan empunya suara tersebut dan dirasakan seolah-olah suara itu akan datang mencabut nyawanya sebentar lagi.Angin masih menggila,tanpa berlengah-lengah Zahar memecut basikalnya selaju mungkin,tanpa mengira akar-akar atau tunggul kayu yang akan dilanggar.Dia ingin meninggalkan kawasan kebun getah itu secepat mungkin agar tiada bencana menimpa.

Tiba-tiba basikal meluncur tidak selaju tadi dan semakin perlahan,ini membuatkan dia cemas.Dia dapat merasakan basikal semakin berat,seolah-olah menanggung beban lebih dari badannya.Padahal seingatnya,cuma lampu gasolin yang tersangkut di handle basikal,takkanla seberat itu.Peluh jantan Zahar mengalir mencurah-curah.

Zahar ketakutan hingga berdiri bulu roma.Tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang,"Kenapa menggeletar ni Zahar?Sejuk ke?"Tak cukup dengan itu ditambah pula dengan hilai tawa dan satu pautan kemas di belakang bahu kirinya.

Zahar mahu menjerit namun lidahnya tersa kelu.Dikuatkan semangat yang ada dia menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu benda bertenggek dibelakang.Dia tidak dapat mengecam kerana benda itu berwarna putih kekuningan dan wajahnya tidak jelas kelihatan.Dengan segera Zahar menepis tangan yang tersangkut dibahunya dan dengan kekuatan yang ada dia mengayuh basikal selaju mungkin.

Deru angin masih ligat menyapa rongga-rongga badannya dan dia dapat mendengar suara tawa berdekah-dekah dibelakang."Bila nak sampai ni!"getus hati Zahar,dia merasakan lorong laluan pokok getah itu terlalu panjang dan tiada penghujungnya.Kayuh punya kayuh sampai juga dia ke hujung lorong.Tetapi hatinya masih tidak tenang selagi belum sampai ke rumah.Suara dekahan tadi masih kedengaran walaupun telah jauh ditinggal di dalam kawasan pokok getah.

Lagi sekali perut Zahar kecut apabila namanya dilaung lagi,"Zahar!Zahar!!"Pada masa itu dia terlihat satu benda putih menunggunya di hujung jambatan kecil.Dengan nekad dia terus menggayuh luju basikal tanpa mengendahkan makhluk itu dan akhirnya sampai ke rumah.

Dengan secepat mungkin dia mengetuk pintu dan meneriak nama ayah dan emak dengan sekuat hati agar membuka pintu dengan segera.Pak LAh terus membuka pintu dan apabila melihat anaknya dalam keadaan yang mencemaskan,dia terus bertanya.Lidah Zahar masih kelu untuk menjawab pertanyaan ayahnya,lantas dia meluru ke bilik dan membaringkan diri di atas katil.Dalam fikirannya masih terbayang-bayang semua peristiwa yang berlaku sebentar tadi.

Tiba-tiba dia dikejutkan dari lamunan setelah pintu diketuk bertalu-talu.Selepas pintu dibuka oleh ayahnya,terdengarlah bunyi bebelan emaknya."Mana anak jantan bertuah awak tu?Awak tau tak masa saya balik dari surau tadi saya tunggu budak Zahar kat jambatan,bila dia nampak saya kat jambatan terus pecut laju,saya panggil pun buat tak endah jer.Apa dia ingat saya ni tunggul ker?"

Pak Lah terdiam mendengar bebelan isterinya.Zahar masih mendiamkan diri dalam bilik.Rupanya benda putih yang dilihat atas jambatan tadi adalah emaknya yang memakai telekung putih.Bagi Zahar walaupun dia tersalah sangka tentang emaknya tadi tapi dia perlu berhati-hati apabila melintas di kawasan kebun getah.Dalam benaknya masih tertanya-tanya apakah benda kuning yang menunggang basikalnya tadi.

0 comments:

Post a Comment