Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 26, 2013

No Comment
Tebusan Algeria


KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Algiers mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang semasa krisis tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria, terbunuh.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu berkata mayat Tan Ping Wee dikenal pasti pasukan forensik melalui rekod pergigian serta pengesahan ‘tatoo’ oleh keluarga mendiang.
“Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang,” menurut kenyataan itu di sini.
Kenyataan itu juga menyebut Kedutaan Malaysia dan syarikat JGC Corp sedang menguruskan proses untuk membawa pulang dengan kadar segera mayat Tan bersama mayat seorang lagi rakyat Malaysia, Chong Chung Ngen yang disahkan terbunuh sebelum ini.
Sebelum ini, Wisma Putra mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks itu terselamat iaitu K.Ravi, 48, Lau Seek Chiang, 38, dan Patrick Purait Awang.
Seek Chiang dan Ravi selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 23 Januari lepas.
Dalam insiden yang berlaku minggu lepas, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di OGPC In Amenas menjadi tebusan kumpulan militan.
Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak Islam di Mali. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment