Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 23, 2013

No Comment
Anak Maut Dalam Perjalanan Untuk Urus Jenazah Ayah


Anak Maut Dalam Perjalanan Untuk Urus Jenazah Ayah - TAPAH : Hajat seorang anak menguruskan pengebumian bapanya yang meninggal dunia akibat sakit tua, tidak kesampaian apabila maut dalam nahas membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Kilometer (KM) 314.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi semalam.
Kemalangan yang berlaku pada kira-kira jam 7 pagi itu turut mengakibatkan pemandu bas, Mohd Anuar Jantan, 42, maut sementara lima penumpang lain cedera.
Mangsa, Abdul Rahman Noh, 59, bersama isteri, Rahani Limat, 56, menempuh perjalanan lebih 500 KM menaiki bas dari Johor Bahru, tengah malam semalam dan sepatutnya tiba di Bagan Ajam, Seberang Perai, Pulau Pinang sekitar jam 10 pagi.
Allahyarham yang duduk di kerusi belakang pemandu maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada seluruh badan, sementara isterinya cedera di bahagian kiri kepala.
Anak mangsa, Mohd Amin, 32, berkata, dia pada awalnya mencadangkan ibu bapanya agar mengambil perjalanan bas sebelah pagi.
Bagaimanapun katanya, sebelum sempat menitip pesanan itu, dia dimaklumkan ibu bapanya sudah dalam perjalanan dengan menaiki bas kira-kira 12.30 tengah malam.
“Saya sempat berpesan kepada arwah ayah dan mak agar ambil bas pagi ini (semalam). Tetapi mak beritahu mereka sudah berada di dalam bas dari Johor ke Pulau Pinang.
“Belum sempat fikir apa-apa, saya dikejutkan pula dengan panggilan mak mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tapah, semalam.
Mohd Amin yang merupakan anak kedua daripada enam beradik berkata, ketika kejadian, dia berada di Pulau Pinang menguruskan jenazah datuknya yang meninggal dunia kira-kira jam 11 malam pada usia 93 tahun.
Katanya, dua hari sebelum nahas, dia sempat bertemu kedua-dua ibu bapanya di kediaman mereka di Kempas Jaya, Johor. Namun ketika itu, ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
“Tak sampai lapan jam, saya kehilangan dua ahli keluarga. Pertemuan dua hari lalu adalah kali terakhir kami. Walaupun arwah tegas, namun dia tetap menyayangi kami adik-beradik,” katanya.

0 comments:

Post a Comment