MEXICO – Usia sebenar budak perempuan yang melahirkan anak, bulan lepas terbongkar. Budak tersebut yang dikenali sebagai Dafne berusia 12 tahun, dan bukannya sembilan tahun seperti yang didakwa oleh ibunya.
Manakala bapa kepada bayi berkenaan adalah bapa tirinya sendiri, bukannya teman lelakinya yang berusia 17 tahun.
Ia hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas bayi berkenaan.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kenapa ibu budak tersebut, yang didakwa sebagai pelacur telah menipu mengenai usia sebenar anak perempuannya itu.
Dalam masa sama, polis juga sedang memburu remaja lelaki yang didakwa kekasihnya, namun siasatan yang dijalankan di kawasan berkenaan, mendapati tidak ada penduduk di situ yang mengenali lelaki itu.
Justeru timbul kepersoalan sama ada remaja lelaki itu benar-benar wujud atau hanya sekadar rekaan belaka.
Faktor umur budak perempuan itu menjadi masalah kerana pendaftaran kelahirannya hanya didaftarkan dua tahun lepas, iaitu ketika ibunya mahu mendaftar budak tersebut bagi mengikuti pengajian di sekolah.
Sijil kelahirannya yang dikeluarkan pada bulan November 2011 itu menyatakan Dafne dilahirkan pada Mac 2003, manakala bapa tirinya didaftarkan sebagai bapa kandungnya.
Namun perbezaan bentuk fizikal Dafne yang kelihatan lebih dewasa berbanding usia sembilan tahun telah menyebabkan banyak pihak sangsi dengannya.
Dafne menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia selepas dia dilaporkan melahirkan seorang bayi pada usia sembilan tahun.
Keadaan ini memaksa pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mendakwa individu yang bertanggungjawab menyebabkan budak itu hamil.
0 comments:
Post a Comment