Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 26, 2013

3 comments

Makan Bubur Nasi Berlauk Bawang
Makan Bubur Nasi Berlauk Bawang - GEORGE TOWN : Bubur nasi berlaukkan hirisan bawang sudah memadai untuk mengisi perut seorang ibu tunggal bersama tiga anak serta dua cucunya yang hidup dengan mengharapkan ihsan jiran.
Lebih memilukan, keluarga tersebut bakal kehilangan tempat berteduh kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa rumah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Jalan Sungai, Sungai Pinang dekat sini yang mencecah RM2,000.
Katihja Bee Latiff, 46, yang pernah berniaga mi goreng memberitahu, kehidupannya sekeluarga berubah selepas kematian suaminya pada tahun 2010 akibat penyakit jantung.
Menurut Katihja, dia bergantung sepenuhnya dengan bantuan bulanan daripada Pusat Urus Zakat (PUZ) sebanyak RM300 dan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagaimanapun, setiap bulan beliau terpaksa membelanjakan kira-kira RM200 untuk kos rawatannya dan anak-anaknya.
Katihja tidak mampu bekerja setelah menghidap penyakit kencing manis menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong hingga lutut, manakala kaki kanan pula dipotong sehingga buku lali. – Kosmo

3 comments:

  1. Apa lagi, TV3 Bersamamu. Pergilah tunjuk belas ekhsan dan bawak wakil UMNO untuk tujuk satu negara yang mereka prihatin. Nanti kat TV tunjuk sedih dan sedis membantu.
    Yang sebenarnya mereka dan JKKP kawasan tidor dan makan gaji buta. Ada tapi tak buat kerja. Kalau ada buat kerja dah tentu mereka dah lama dapat bantuan tambahan. Haramjadah punya orang.

    ReplyDelete
  2. knpa zakat hanya bagi 300 jek? keadaan mcm tu pon bg 300? mana pegi semua duit zakat yg dipungut setiap taun..

    ReplyDelete
  3. Ape bangang nak tunjuk jari kat tv3 n unmo.. P.Pinang dibawah jajahan PR!!!! kalau rakyat sorang tak leh nak jaga mcm mana nak jaga 1 malaysia..Hampeh!!

    ReplyDelete