Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 27, 2013

No Comment

KOTA BHARU - Padah tempias gelora nafsu songsang terhadap seorang kanak-kanak lelaki, seorang penganggur dihukum 10 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman dibuat Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh didapati bersalah pada akhir kes pembelaan.

pic hiasan

Wan Mokhtar Wan Sidek, 34, didakwa meliwat mangsa yang berusia 12 tahun tiga bulan,  berdekatan jambatan Sungai Rasau, Pasir Puteh, dua tahun lalu. Kesalahan dilakukan pada jam 2.30 petang, 29 Jun 2011.

Azman dalam keputusannya berkata, dalam kes ini mangsa mengenali tertuduh dan beliau percaya kanak-kanak itu bercakap benar.

“Tidak ada dendam antara mereka sebelum ini untuk menjadi sebab mangsa membuat tuduhan itu. Selepas penilaian sepenuhnya, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah.
 
“Maka tertuduh didapati bersalah dan saya jatuhkan hukuman 10 tahun berkuat kuasa daripada tarikh hari ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazaly memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira trauma yang dialami kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, Azman turut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara tertuduh mengemukakan rayuan seperti dimohon peguam belanya, Rosmizan Sulaiman.

Dia dikenakan ikat jamin RM7,000 dan dibebaskan sejurus permohonan rayuan siap difailkan.

0 comments:

Post a Comment