Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 23, 2013

2 comments
Dipetit dari Facebook

Assalamualaikum & Selamat Pagi Jumaat. Memulakan entri di hari yang penuh barakah ini, Zam nak kongsikan tentang satu isu yang boeh dijadikan renungan bersama. Untuk itu, jom kita baca sepotong keratan akhbar di bawah ini, & nilailah adakah permintaan yang diutarakan ini sesuatu yang relevan.

  


Perkongsian ini sebenarnya dari seorang rakan guru yang Zam kenali di FB, & ada baiknya juga Zam kongsikan pendapat & kenyataan balasnya mengenai permintaan di atas:


wahai mak bapak.. tidaklah menjadi kegemaran guru utk memarah, membebel, merotan dan memukul anak2 anda.. kami x suka.. kami sndr banyak keje nak buat selain dari nak marah anak anda yg ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. mungkin mewarisi sifat anda.. tapi mahu atau tidak kami sbg guru perlu untuk memastikan mereka belajar dan melaksanakan tugas. wahai ibu dan bapa.. adakah kamu patuh pd suruhan agama dan tuhan kamu? kenapa kamu patuh? kerana kamu adalah insan.. kerana kamu adalah hamba.. dan kenapa pelajar perlu utk patuh dan laksanakan tugas sbg pelajar? kerana mereka adalah pelajar dan mereka perlu utk belajar. saya juga patuh pd tuhan dan agama saya.. saya juga patuh dan arahan pengetua. sedang saya yg cikgu pun boleh dengar cakap.. apa kuasa dan kehebatan anak anda sampaikan tidak boleh ditegur walau sedikit. apakah kuasa undang2 skrg membuatkan bapak dan ibu buta?
wahao bapak dan ibu.. kami para2 guru tidaklah kejam. tidaklah jahat dan tidaklah gila.. malah, kami rasa, lebih ramai guru2 yg mnjd gila.. mendapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi semata2 menghadap muka anak2 anda setiap hari yg kurang ajar dan melawan guru. tapi, masih... kesalahan diletakkan di tangan guru. katanya guru tidak pandai mengajar.. wahai bapak dan ibu... kalau dah anak anda mnjd tuhan di sekolah, membuat undang2 sndr. boleh tidur dan x boleh kena marah bila x nak belajar, apa kuasa yg kami ada utk jadikan anak anda sbg manusia??

kami bukan tuhan yg boleh berikan hidayah.. kami bukan nabi yg bersifat maksum dan pemaaf setiap masa. kami hanya guru biasa yg mungkin tidak didengari suara.

wahai bapak dan ibu.. bila anda anda mendapat keputusan yg cemerlang.. anda akan cakap.. "sbb anak saya pandai"
bila anak anda mndpt keputusan yg corot.. jawapan anda.
"cikgu tu x pandai mengajar"

wahai bapak dan ibu.. kalau dah mcm ni la gayanya.. anak anda akan menjd bodoh.. dan terus mnjd bangang abadi.. walaupun guru yg mengajar anak anda itu.. adalah guru dari syurga.

sekian.. terima kasih.

yg benar.. guru pedalaman sarawak yg disayangi pelajar. 

SUMBER

2 comments:

  1. Betul tu wahai sedara dah kalau tak suka di ajarkan di sekolah ajar lah sendiri anak sedara dan rasalah sendiri keperitan seorang guru yang mengajar.

    ReplyDelete
  2. kalau anak diorg bodo,x nk belajar senang jek cmpak kn aje kt kelas pendidikkn khas

    ReplyDelete