Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 28, 2013

2 comments
Jambatan Runtuh!


Apa yang menjadi persoalan awal seperti yang disiarkan Mynewshub.my (klik) sebentar tadi terjawab apabila jurugambar kami di lokasi mengesahkan jejambat berhampiran Selangor Science Park 2 benar-benar runtuh.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 1 tengah hari tadi.
Lokasi kejadian ialah di P2.5, Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2.
Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.
Jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jejambat itu memang sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di struktur itu sebelum ini dipercayai akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.
“Jejambat ini pernah digunakan untuk tiga bulan sahaja sebelum terpaksa ditutup akibat masalah mendapan tanah,” katanya.
Pengguna di laluan berkenaan terpaksa menggunakan lencongan sebelum ini. Setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian.
Pihak media ketika ini sedang berkumpul di lokasi kejadian.

highwayelite01
highwayelite02
highwayelite03
LAPORAN LANJUT MENYUSUL…

2 comments:

  1. Tengok la alasan yang diberikan untuk cover kroni. Buat juta-juta tapi boleh pakai 3 bulan aje. Kalau bikin base piling betul jamin boleh tahan lama - jambatan bikin kat laut pun boleh tahan. Ni asyik ceduk duit rasuah jadi kerja jadi tak betul. Sekarang ni asyik je projek kerajaan runtuh. Ada bangunan yang berbelanja berjuta-juta tapi tak memenuhi specifikasi untuk dapat CF. Ada campurtangan orang politik BN baru dapat lepas CF. Selamat ke bangunan tu? Tinggal tunggu ada orang mati baru mula nak ambil berat.
    Contoh terbaik ialah masaalah ragut dulu. Polis buat dak je bila rakyat M'sia dapat cedera. Sampai ada orang luar negara (S'pura) mati sebab kejadian ragut baru ada operasi besar-besaran. Malu kat dunia luar. Sama la ni; tunggu ada orang mati. Lebih-lebih kalau melibatkan orang dari luar negara. Tenguk dan lihat.................

    ReplyDelete
  2. Hmmm. Agak2 kroni sape ye...BN ke PR?

    ReplyDelete