Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 28, 2013

No Comment
Serangan Bersenjata


BALIK PULAU — Polis sedang mencari enam lelaki bagi membantu siasatan kes serangan bersenjatakan parang terhadap lima lelaki di hadapan terminal bas Sungai Nibong, dekat sini, Isnin lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata, enam lelaki berkenaan ialah S. Pavithren, 18, alamat terakhir di Desa Indah Relau Persiaran Paya Terubong 2; V. Mogan, 26, beralamat di Nombor 33, Changkat Delima Island Glades, Gelugor; C. Gomaredas, 24, beralamat di 1-13-17 Lorong Aziz Ibrahim, Sungai Nibong.
E.Cedric Arwin, 20, beralamat di Jalan Pantai Jerejak 1, Gelugor; K. Sobhiten beralamat di 3-14-07 Hilir Paya Terubong Villa Kejora, Relau dan M.
Tharmajaya, beralamat di 19, 5-11-1 Lebuh Bukit Kecil 6, Bayan Lepas.
“Polis yakin kejadian berpunca daripada perselisihan faham dan mangsa yang terlibat mengalami kecederaan di tangan dan kepala dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMA

0 comments:

Post a Comment