Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 26, 2013

No Comment

Tiga Maut Bas Ekspres Terbabas
Tiga Maut Bas Ekspres Terbabas - HULU SELANGOR : Tiga penumpang sebuah bas ekspres maut selepas kenderaan yang didakwa dipandu laju ketika melalui jalan berselekoh terbabas lalu merempuh besi pembahagi jalan di Kilometer 420 Lebuhraya Utara-Selatan hala utara dekat susur Bukit Tagar di sini semalam.
Kemalangan ngeri pukul 3.10 pagi itu mengakibatkan Mohd. Zamri Rani, 42, dari Kedah, Mohd. Ainul Fauzi Mohd. Aman, 25, dari Simpang Renggam, Johor, dan Intan Berliana Hutagalung, 34, warga Indonesia maut di tempat kejadian.
Mohd. Zamri merupakan adik seorang kakitangan bahagian Teknologi Maklumat di Pusat Latihan Utusan, di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, Zuraini, 43, manakala Mohd. Ainul adalah anak saudara ketua Balai Polis Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu, Asisten Superintendan Abd. Rashid Abu Bakar.
Difahamkan, kejadian itu juga dipercayai berpunca daripada pemandu bas berusia 32 tahun tersebut yang mengantuk selepas menggantikan rakannya ketika mereka berhenti di Kuala Lumpur. Pemandu bas itu pula parah dari paras pinggang ke kaki selepas tersepit dalam kemalangan itu. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment